BN Masjid Tanah

BN Masjid Tanah

Friday 20 March 2015

BREAKING NEWS #KITALAWAN !!! #TIANCHUA DITAHAN !!!


Walau untuk seketika ditahan oleh pihak polis, namun sekurang-kurangnya biar dia rasa duduk di dalam lokap tu. Mungkin dah lama tak rasa, sebab itu perangai dah tak serupa manusia !!! 

Ahli Parlimen PKR Batu Tian Chua ditahan polis berhubung perhimpunan Kita Lawan pada 7 Mac.Tian Chua ditahan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pada kira-kira jam 11.53 pagi tadi. Naib Presiden PKR itu hadir ke ibu pejabat polis tersebut untuk merakam percakapan berhubung perhimpunan Kita Lawan. Tian Chua adalah individu ke 11 pembangkang yang ditahan kerana terbabit perhimpunan tersebut sebagai tanda solidariti terhadap pemenjaraan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kesalahan meliwat.

Inilah Mentaliti Pembangkang Bangang Tak Habis Habis


Apa salahnya kerajaan beli Jet untuk keselamatan dan kemudahan jika kerajaan mampu? Anwar pun sebelum PRU13 naik Jet ke Sabah juga ke Sarawak apa lagi sekiranya dia jadi PM akan sama juga keadaannya mesti beli Jet.

SSKM juga akan sama buat perkara yang sama jika dapat memerintah Sabah, Apa lah mahu mempertikaikan hal pembelian Jet tersebut. Pembelian Jet menjadi Isu dan Viral kepada orang-orang yang berhaluan kiri. Tak salah rasanya dibeli baru untuk keselamatan YDPA serta Menteri-Menteri yang membuat perjumpaan atau lawatan kerjasama bagi dana pelaburan-pelaburan. Ini lah dia Pembangkang! dah tak ada isu, ini pun boleh jadi isu.

Monday 16 March 2015

Kenali Siapa Rafizi Ramli


Rafizi Ramli yang selalu melaungkan Kerajaan Zalim dan Rakyat menderita tapi adakah itu dari pengalamannya sendiri? Mari kita lihat latar belakang orang yang menuduh Kerajaan Pusat yang selama ini Zalim. 20 Tahun belajar di bawah tajaan Kerajaan dan Syarikat Kerajaan, serta 7tahun bekerja di bawah Syarikat Kerajaan dengan gaji besar. Akhirnya pada umur 37 tahun beliau berjaya mengumpul harta bernilai 2 juta. Anda mampu???

Friends of BN - Barisan Nasional

Saturday 14 March 2015

Nurul Izzah - Bertaubatlah !!! Kamu Sedang Dipermainkan

Selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar ibrahim DIPENJARA kan, anaknya yang sulung iaitu Nurul izzah dah mula melangkah mengikuti tindak tanduk DAP untuk menghembus cacian,makian dan penghinaan kepada sesiapa sahaja yang dilihatnya tidak memihak kepada mempertahankan `perlakuan' ayahnya termasuklah 5 hakim yang mengadili kes liwat Anwar.harus diingat, walaupun anda Ahli Parlimen Lembah Pantai, namun anda tidak kebal dari undang-undang. Adakah anda tahu anda sedang dipermainkan oleh DAP !!! hanya DAP jerrr suka menghembus cacian, makian dan sebagainya. Kata UMNO rasis, sebaliknya DAP lahhh yang mulakan rasis itu. Adakah anda sudah lupa wahai Nurul Izzah ???


Walaupun perlembagaan memberikan anda imuniti dari tindakan pendakwaan, dalam apa-apa perkara yang anda sebut di dalam Dewan Rakyat tetapi anda tidak dilindungi sekiranya anda menyentuh isu raja-raja, menyentuh isu bahasa melayu atau agama Islam, institusi kehakiman dan menyentuh beberapa suruhanjaya. Sekarang anda sebut hakim syaitan, anda boleh didakwa wahai nurul izzah !!!

Berbanding jangkauan umur Nurul Izzah dengan para hakim itu sahaja bagaikan bumi dan langit, inikan lagi pengalaman dan pengetahuannya. Hakikatnya, Nurul Izzah mengunakan jawatannya sebagai `landasan' menyalahkan sesiapa sahaja biar sekalipun nyamuk denggi dan bangunan penjara yang dilihat menyusahkan ayahnya sedangkan dia tidak pernah menyelami masalah pokok !!!

PERLAKUAN LIWAT ??? Bertaubat lah dan muhassabah dirilah Nurul Izzah,jangan jadi manusia yang lupa KETENTUAN Illahi

Friday 13 March 2015

DAP Cuba Cetus Kembali 13 Mei - Zahid Hamidi Sokong Ketua Polis Negara


Tindakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan melalui akaun Twitter berhubung mahu anggotanya melakukan siasatan keatas kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Timbalan Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy melalui Twitter telah disalah erti oleh pihak tertentu dengan mendakwa tujuan tersebut cuba menakut-nakutkan dan bermotifkan politik.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan sokongan beliau terhadap tindakan tersebut dengan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan tindakan profesional dan tidak memihak kepada mana-mana politik.

PDRM sentiasa mengekalkan undang-undang serta ketenteraman awam, mencegah dan mengesan penjenayah dengan pendekatan tanpa gentar atau pilih kasih.

"Sehubungan itu, PDRM memaklumkan kepada orang ramai mengenai tindakan yang diambil melalui Twitter dengan mengambil kira perkara-perkara yang boleh menimbulkan kebimbangan orang awam dan kejayaan dicapai oleh PDRM," kata Zahid Hamidi dalam kenyataannya.

Zahid Hamidi yang mengulas mengenai kenyataan berbaum perkauman berkata, PDRM memandang serius kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai kepentingan telah menggunakan media sosial mempengaruhi atau menghasut pihak ketiga sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara.

"Justeru itu, semua pihak perlu menitikberatkan langkah pengawalan dan waspada bagi mengelak tercetusnya sentimen perkauman dan keagamaan," katanya. -Alip Danial/Utaranews.com-