Masjid Tanah : 06.09.15 (Ahad), Berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah bagi Tahun 2015 yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merangkap Naib Presiden UMNO Malaysia di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Masjid Tanah. Turut hadir bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris Haron yang juga merangkap Ketua Menteri Melaka, Ketua-Ketua UMNO Bahagian dalam Negeri Melaka, Exco-Exco Kerajaan Negeri, Pegawai-Pegawai Kerajaan dan ramai lagi tetamu VIP yang hadir ke majlis tersebut.
Namun setiap perkara yang baik pasti ada yang tidak berpuas hati. Cuba anda lihat gambar diatas (bulatan putih). Gambar ini menjadi viral di laman sosial sejak semalam oleh pihak yang suka melaga-lagakan dan memandang dari persepsi yang negatif sahaja. Malah komen-komen yang agak kurang bijak oleh pengguna media sosial menampakkan yang mereka masih belum lagi mengenali sepenuhnya siapa YB Senator Tan Sri Mohd Ali Rustam, Mantan Naib Presiden UMNO dan Ketua Menteri Melaka ini.
"KEPADA PEMIMPIN BARU TOLONG BELAJAR HORMAT PEMIMPIN TERDAHULU"
"KALAU TAK DAPAT NAK BALAS BUDI TOLONG BELAJAR MENGENANG BUDI"
(Diantara tajuk serta komen-komen mengenai gambar tersebut di Media Sosial)
(Diantara tajuk serta komen-komen mengenai gambar tersebut di Media Sosial)
Dari pandagan sudut atau persepsi yang berbeza, YB Senator Tan Sri Mohd Ali berdiri disebelah pentas diatas rumput menajdi viral, maka bermula lah komen-komen yang tidak berapa matang dari pengamal media sosial khususnya di Negeri Melaka. Kita sedia maklum, bahawa YB Senator Tan Sri Mohd Ali merupakan seorang yang HUMBLE dan tidak suka berprotokol sejak zaman beliau memerintah Negeri Melaka lagi. Beliau seorang yang mesra dan berjiwa rakyat dan tidak menjadikan protokol salah satu caranya sewaktu beliau mentadbir Kerajaan Negeri Melaka ketika dahulu. Disebabkan itu, beliau mudah didekati oleh pelbagai lapisan masyarakat dan berbilang kaum.
Untuk makluman, pihak pengurusan majlis telah menyediakan tempat-tempat bagi tetamu VIP yang hadir ke majlis tersebut. Sebagai contoh, cuba dilihat dalam Perhimpunan Agong UMNO Malaysia, tempat-tempat Khas telah disediakan untuk Mantan Presiden parti. Mungkin keadaan berlaku secara tidak sengaja atas semangat Tan Sri Mohd Ali ini, membawanya bangun dari tempat khas yang telah disediakan dan berdiri sebaris dengan pemimpin-pemimpin sewaktu majlis berlansung. Jadi dalam pekara ini, jika kita lihat dari sudut atau persepsi yang baik, maka perkara akan menjadi baik. Tetapi jika dilihat dari sudut dan persepsi negatif maka perkara ini akan dipandang negatif.
YBS Tan Sri Mohd Ali masih diberi penghormatan duduk bersama kempimpinan Negeri dan Bahagian Masjid Tanah di Majlis berkenaan. Jadi yang nak di spin kan mengenai isu Tok Ali berdiri dibawah pentas diatas rumput sewaktu majlis perbarisan dan menaikkan bendera UMNO buat apa? pandanglah dari sudut dan persepsi yang positif sahaja, maka perkara akan menjadi baik. Jika dilihat sewaktu majlis berkenaan juga dihadiri oleh Mantan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah Datuk Seri Dr. Abu Seman Yusop. Apa pun marilah kita bersama menolak persepsi dari sudut yang negatif dan bersatu mencari titik persamaan, moga parti keramat UMNO ini sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.
NOTA :
Jika mahu diterjemahkan kepada protokol elok kita lihat P.T.O.
NOTA :
Jika mahu diterjemahkan kepada protokol elok kita lihat P.T.O.
Place. Time. Occasion.
Tempat: Mesyuarat UMNO Bahagian.
Masa: Mesyuarat UMNO Bahagian.
Acara: Mesyuarat UMNO Bahagian.
Saya masih yakin, YB. Tan Sri Ali Rustam dijemput atas kapasiti beliau sebagai Ketua Bahagian bagi meraikan kehadiran YAB Naib Presiden, TPM Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Aura dan personality Tan Sri Ali masih kuat dan tidak terjejas pun atas keberadaan beliau diluar pentas sebagai mantan CM. Jika beliau berada diDewan Negara, beliau mesti mendapat tempat yang prominent.Jika dilihat mereka yang berada diatas pentas adalah personaliti2 yang sepatutnya berprotokol sebab itu adalah mesyuarat Bahagian Masjid Tanah. Tidak jadi isu perkara ini.
Masa kawan saya kawen, dia datang majlis tuh ngan baju batik lengan pendek n memakai sandle jek...masa tuh dia masih CM!...xde motor polis neno-neno iring krta dia....saya jumpa 'live' kat Subaidah Hang Tuah Walk melaka...dia datang ngan wife dia minum kat situ naik Perdana V6 je pon...xde special escort and so whatever....minum teo ais limau sebelah meja saya...
ReplyDelete