BN Masjid Tanah

BN Masjid Tanah

Monday 22 February 2016

BETUL KE PEMUDA DAN PUTERI PULAU MAJLIS NAJIB?

Pada 20 Feb 2016 lalu, berlansungnya satu Majlis Kesyukuran Penglibatan 40 Tahun DS Najib Tun Razak dalam arena politik di Dewan Tun Razak1 PWTC, Kuala Lumpur. Majlis yang dianjurkan oleh Sahabat PM ini telah dihadiri oleh para pemimpin tertinggi UMNO diperingkat Malaysia, Negeri dan Bahagian-bahagian diseluruh Malaysia. Majlis dimulakan dengan solat berjemaah, bacaan yassin, tahlil dan solat hajat.


Majlis berjalan dengan sempurna walaupun tanpa kehadiran dua Ketua sayap, YB Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda) dan YB Mas Ermieyati (Ketua Puteri). Dengan ketidakhadiran kedua mereka ini, maka bermulalah cerita SI KAKI KAKI PEMBUAT FITNAH dan ianya di VIRAL kan.

Antara posting-posting KAKI FITNAH di FB dan Blog :


Perkara ini telah disanggah oleh Ketua Puteri Malaysia di FB nya. "Saya minta tolong buat si pembuat cerita...si pembuat fitnah...Tolong hentikan buat fitnah.. dan sokongan saya dan KJ tidaklah boleh diukur hanya dengan ketidakhadiran kami ke Majlis 40thn YAB PM semalam...."



Oh ! Inilah sebab kenapa Ketua Puteri tak hadir ke Majlis berkenaan!!


Eh !! Ada pula wakil dari Exco-exco Puteri Malasyia yang hadir? Kata tak ada!


"Tolong hentikan buat fitnah.. dan sokongan saya dan KJ tidaklah boleh diukur hanya dengan ketidakhadiran kami ke Majlis 40thn YAB PM semalam...." Mas Ermieyati...

P/S : Manusia akan membuat andaian dan terarah untuk membina 'persepsi' negatif dengan asas cakap dengar tanpa mahu mencari cerita sebenar. Kerana manusia ini hanya mahu dengar dan percaya apa yang dia mahu percaya. Tetapi yang membezakan kita dari manusia seperti ini ialah 'berupaya' untuk membezakan antara betul atau salah, Mampu kenal kawan dan lawan, termasuklah mengesan sembilu kecil yg boleh merosak seluruh sistem badan.

No comments:

Post a Comment