BN Masjid Tanah

BN Masjid Tanah

Friday, 3 April 2015

Akhirnya Najib Razak Kantoiii !!!

NAJIB RAZAK bantu dana untuk kaum Cina RM30 juta, Najib Razak lebihkan Cina berbanding Melayu. Ini lah yang berlegar sana sini dan perihal bercerita di corang-corong kedai kopi sejak semalam lagi apabila Najib Razak umum RM30 juta dana untuk kaum Cina. 


Tapi berita Najib Razak sediakan dana RM200 juta untuk Bumiputera sikit pun takde yang mahu ulas semalam. Tidak ada yang puji Najib Razak apatah lagi ucapkan terima kasih kerana prihatin pada Bumiputera.


Orang Melayu sememangnya begitu, hanya mahu ambil tahu pekara yang negatif dan tidak mengendahkan benda yang positif. Dan paling penting ramai yang lupa bahawa YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak merupakan Perdana Menteri Malaysia yang mana mewakili semua lapisan masyarakat. Melayu & Bumiputera kena jaga, Cina kena jaga, India kena jaga dan begitu juga lain lain bangsa.

#KamiSokongNajibRazak
#NajibRazakTerbaik

Thursday, 2 April 2015

TUANKU LU PUNYA RAJA KAH ?! CILAKA LU! - ADUN DAP TRONOH


KURANG AJAR !! BIADAP !! Itulah ayat yang selayaknya diterima oleh Adun DAP Tronoh yang berterusan menghina Sultan Perak. Jika pada hari pertama pembukaan Sidang Dun Perak, Barisan Pembangkang telah mencemarkan kesetiaan kepada Sultan Perak dengan memakai pakaian hitam kononnya berkabung atas kematian Lee Kuan Yew. 

Semalam, DAP Perak sekali lagi berlaku biadap dengan terus menghina Dewan dan Sultan dengan mengeluarkan perkataan biadap. "TUANKU LU PUNYA RAJA KA?! CILAKA LU!" Ayat tersebut dikeluarkan oleh Adun DAP Tronoh kepada YB Datuk Shahrul, Adun Rungkup yang meminta penjelasan kenapa pembangkang memakai pakaian hitam tempoh hari. Namun, Adun DAP mengajak Datuk Shahrul keluar dewan dan bertumbuk. Siapa yang CILAKA ???


Wednesday, 1 April 2015

TERKINI - PENGAMPUNAN DIRAJA BUAT ANWAR IBRAHIM DITOLAK!!

PENING KEPALA DERR !!!
RASMI, PENGAMPUNAN DIRAJA BUAT ANWAR IBRAHIM DITOLAK !! SELAMAT JALAN ANWAR DAN SELAMAT DATANG PILIHANRAYA KECIL (PRK) PERMATANG PAUH.

Pengampunan ke atas Anwar Ibrahim secara rasmi telah ditolak, hari ini. Anwar Ibrahim yang dihukum penjara selama lima tahun, telah mengemukakan permohonan pengampunan menerusi keluarganya walaupun dikatakan, bukan Anwar yang meminta pengampunan diraja sebaliknya, isterinya iaitu Wan Azizah dan anak-anaknya.

Sekaligus, Anwar Ibrahim perlu meneruskan hukuman penjaranya selama lima tahun.

Pengampunan Diraja merupakan jalan akhir untuk bebas atau hukuman diringankan tanpa menyanggah keputusan Mahkamah Persekutuan. Si pesalah yang meminta pengampunan perlu memohon sendiri, menyatakan kekesalan atas perbuatan jenayahnya dan berikrar tidak akan mengulangi jenayah itu pada masa hadapan.

Sebelum ini, peguam-peguam dan keluarga Anwar Ibrahim enggan mengakui bahawa kerjaya politik Anwar Ibrahim telah berakhir apabila Pejabat Peguam Negara telah melupuskan permohonan ampun tersebut kerana tidak menepati syarat atau mengikut prosedur sepenuhnya.

Dengan penolakan ini, bererti tamatlah juga riwayat Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Parlimen Permatang Pauh kini sudah kosong dan satu pilihanraya kecil akan diadakan untuk mencari pengganti Anwar Ibrahim.

Wan Azizah dah buat 'road-tour' di Permatang Pauh. Hasilnyatidak meyakinkan. Ditambah pula dengan konflik antara DAP dengan PAS. Lebih teruk lagi ialah apabila Lim Guan Eng memberi amaran kepada PKR, DAP tidak akan bersama-sama membantu dalam kempen PRK Parlimen Permatang Pauh sekiranya, PAS ada sekali.


PKR menerusi Azmin Ali cuba mengambil jalan singkat atau penyelesaian jangka pendek dalam usaha menjaga hati PAS agar penyokong-penyokong PAS di Permatang Pauh tidak bertindak memboikot PRK Permatang Pauh atau lebih teruk lagi memberikan undi kepada calon UMNO-BN dengan menyatakan, PKR tidak ada masalah dengan PAS di Selangor.

Salah seorang daripada peguam Anwar Ibrahim, Latheefa Koya berkata pihaknya akan membuat rayuan kepada penolakan tersebut dan akan mendapatkan maklumat lanjut tentang apa yang sedang berlaku.

Selamat jalan Anwar Ibrahim... Selamat datang PRK Permatang Pauh!!!

MP BUKIT KATIL YANG PANDAI BERNAMA SAM KETOT BUAT USUL TERBANGANG SEPANJANG MAC 2015



Kalau ramai-ramai, dialah yang paling ke hadapan dan berlagak seolah-olah dialah yang paling berani, paling hebat dan paling pendekar. Tapi bila dengar pihak berkuasa nak ambil tindakan, dialah yang lari dulu. Dialah juga yang kelam-kabut menyorok atau cari tempat persembunyian.

Itulah Sam Ketot, watak yang paling menyerlah kebadutannya sepanjang penggal bergelar Ketua AMK. Selepas menang kerusi Parlimen Bukit Katil setelah pengundi-pengundi Cina Bukit Katil yang dimanjakan dan didahulukan oleh Ali Rustam, berpaling tadah dan menyertai gerakan besar-besaran pengundi Cina untuk menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional dan menaikkan DAP sebagai Ketua Pakatan Rakyat, Sam Ketot yang merupakan Ahli Parlimen dari PKR, dah kurang sedikit bengong dan bengapnya.

Rupa-rupanya kalau dah bengap dan bengong sejak azali, ia tidak boleh dihilangkan dengan mudah walaupun sudah bergelar Ahli Parlimen. Buktinya ialah apabila Sam Ketot mempersoalkan mengapa dokumen persidangan Parlimen masih tidak diserahkan kepada Anwar Ibrahim.

Sebagai seorang PENJENAYAH, Anwar Ibrahim perlu menjalani hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah. Sepanjang dia berada di dalam penjara, kehidupannya bukan lagi kehidupan normal. Dia tertakluk kepada undang-undang mahkamah dan penjara. Secara tidak langsung, Anwar Ibrahim tidak lagi mempunyai sebarang akses lagi dengan sebarang urusan Parlimen, samalah seperti ketua kongsi gelap atau sindiket jenayah terancang tidak lagi boleh menguruskan kongsi gelap atau sindiket jenayahnya.

Takkanlah sebagai seorang peguam, Sam Ketot tak tahu tentang perkara itu? Adakah dia masih mahu menyatakan bahawa Anwar Ibrahim adalah tahanan politik dan bukannya BANDUAN JENAYAH walaupun keputusan dari siri perbicaraan di mahkamah memberikan keputusan 8-1 yang tidak berpihak kepada Anwar setelah mengambil kira fakta dan bukti untuk tempoh 7 tahun perbicaraan dan hampir 80 kali penangguhan?

Simpanlah sikit baghal dan bengap kau tu, Sam Ketot... sesekali, cubalah tunjuk sikit yang kau tu memang ada otak dan akal... jangan sepanjang masa duk tunjuk bebal yang tak boleh diubati!!!

SUMBER : theflyingkick

Malam Cinta Rasul - Selawat Perdana Masjid Tanah


Nantikan kemunculan pertama Habib Sheikh Abdul Qodir Assegaf di Masjid Tanah dalam Program Malam Cinta Rasul & Selawat Perdana Masjid Tanah yang akan diadakan pada 13 April 2015 (Isnin) Masa 7.00 Malam bertempat di Padang Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Paya Lebar, Masjid Tanah Melaka. Muslimin dan Muslimat dijemput Hadir beramai-ramai.