BN Masjid Tanah

BN Masjid Tanah

Thursday, 28 May 2015

MALAYSIA BERDEPAN CABARAN MENGETENGAHKAN PEMIMPIN MUDA - MAS ERMIEYATI

Negara berdepan berdepan cabaran untuk mengetengahkan generasi muda terutama di bawah umur 30 tahun untuk menjadi pemimpin pelapis masa hadapan. Puteri UMNO melihat tugas itu kini tidak terletak di bahu kerajaan namun harus dipikul pihak pembangkang.

Pelbagai cabaran dari segenap aspek harus dihadapi kini untuk memastikan kesinambungan pemimpin sedia ada dan golongan muda dalam memastikan kemakmuran negara. Puteri UMNO melihat ia termasuk cabaran untuk menampilkan lebih ramai Ahli Parlimen Wanita terutama yang muda sekali gus menjadikan kelompok berkenaan sebagai agen perubahan.
Mas Ermieyati bersama Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika menghadiri Sidang Kemuncak Global, Ahli Parlimen Muda (IPU) di Tokyo

"Saya kini mewakili negara sebagai ketua delegasi Sidang Kemuncak Global, Ahli Parlimen Muda Himpunan Kesatuan Antara Parlimen (IPU) yang bermula hari ini sehingga esok di Tokyo. 

"Ia merupakan sidang dengan dengan tema demokrasi, keamanan dan kemakmuran untuk mencari penyelesaian dalam isu belia antaranya dalam politik, pendidikan dan polisi." 

Puteri UMNO juga melihat maklum balas daripada persidangan itu akan dijadikan rujukan untuk memastikan tambah nilai dari pentadbiran selain aspek polisi negara sendiri. 

"Saya mengambil contoh pembentangan speker dari Jepun, Kensuda Harada yang mengajak Ahli Parlimen untuk melihat perspektif politik kepada masyarakat dalam skala lebih besar.

"Harada turut berpesan supaya Ahli Parlimen bukan hanya menjadi calon namun perlu bercakap dalam isu yang dekat di hati orang muda. "Apa yang dikatakan Harada tepat terutama dalam aspek penggunaan media sosial dan mendidik orang muda supaya berkecimpung dalam politik." 

Puteri UMNO turut melihat Dasar Belia Malaysia yang akan dilaksanakan mulai 2018 bagi menggantikan Dasar Pembangunan Belia Negara 1997 yang menetapkan had umur belia dari 15 tahun hingga 30 tahun berbanding 15 tahun hingga 40 tahun sebelum ini merupakan usaha berterusan negara dalam mencari pelapis pemimpin. 

Kerana itu, Rancangan Malaysia ke-11, yang dibentangkan baru-baru ini mengutamakan pendidikan teknikal dan kemahiran agar belia negara dapat merealisasi dan memperkasa potensi maksimum mereka. 

Puteri UMNO turut merasakan mengurangkan jumlah pengangguran perlu diberi keutamaan dalam memastikan hasrat kerajaan selaras dengan impian melahirkan lebih banyak pemimpin muda pelapis negara. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini turut dilaporkan mahu pemimpin belia yang mempunyai iltizam, semangat dan motivasi serta cita-cita yang tinggi untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat serta merubah landskap negara ke arah yang lebih baik. 

Justeru saranan Datuk Seri Najib yang menyeru pemimpin muda agar menjadi ketua yang bertanggungjawab, beretika dan boleh bergantung harap sebagai generasi penyambung sekaligus menggerakkan transformasi negara merupakan platform baik untuk melihat impian itu menjadi kenyataan.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Pergerakan Puteri UMNO
Ahli Parlimen Masjid Tanah
27 Mei 2015


No comments:

Post a Comment