Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini melancarkan penubuhan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) yang memegang aspirasi kepimpinan berbilang kaum dan mendukung bangsa Malaysia bersatu padu,maju,adil, saksama dan bahagia.Beliau yang bertindak selaku Presiden parti itu berkata,antara perkara yang mencetus penubuhan Ikatan adalah apabila beliau mendapati berlaku kelemahan dalam pentadbiran negara pada masa ini yang dipalit pelbagai isu negatif.
"Saya mahu lancarkan pergerakan Ikatan bagi pihak 'roh' para pemimpin terdahulu yang mengasaskan negara ini," ujarnya.Abdul Kadir yang pernah memegang jawatan Menteri Kabinet menjelaskan,parti Ikatan mengutamakan penyatuan rakyat yang berbeza latar budaya,agama dan kepercayaaan selain memastikan kemakmuran negara dikongsi bersama.Katanya,ianya bermatlamat menghidupkan kembali apa yang dikehendaki Datuk Onn Jaafar dan para pemimpin Parti Perikatan suatu ketika dahulu yang mahu menubuhkan parti berbilang kaum.
"Ikatan mahu mengaktifkan semula perjalanan ke arah Wawasan 2020 yang mahu mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, adil dan saksama.Kita bukan pro Barisan Nasional dan bukan juga pro pembangkang.Kita adalah parti yang pro rakyat dan masa depan negara serta akan menyokong hanya yang baik untuk negara ini," katanya.
Beliau turut menambah,penubuhan parti Ikatan tidak fokus kepada pilihan raya,sebaliknya memperbaik hala tuju politik negara yang dilihat sudah tersasar. "Kami buat masa ini tidak memikirkan tentang pilihan raya tetapi mahu menjuarai isu tertentu yang sedang banyak diperkatakan.Kami mahu membentuk semula acuan politik negara ini yang dilihat sudah tersasar dari landasan perjuangan asas."Parti Ikatan mahu mengembalikan hala tuju politik negara ini ke pangkal jalan," katanya. - Rakyat News
BENDERA SIKIT LEBIH KURANG MACAM UMNO !!!
CUMA TUKAR LAMBANG KERIS JERR !!!
KITA LIHAT BERAPA LAMA PARTI NI AKAN BERTAHAN !!!
MACAM-MACAM HAL !!! UDAH-UDAH LER TU !!!
No comments:
Post a Comment