BN Masjid Tanah

BN Masjid Tanah

Monday, 22 February 2016

BETUL KE PEMUDA DAN PUTERI PULAU MAJLIS NAJIB?

Pada 20 Feb 2016 lalu, berlansungnya satu Majlis Kesyukuran Penglibatan 40 Tahun DS Najib Tun Razak dalam arena politik di Dewan Tun Razak1 PWTC, Kuala Lumpur. Majlis yang dianjurkan oleh Sahabat PM ini telah dihadiri oleh para pemimpin tertinggi UMNO diperingkat Malaysia, Negeri dan Bahagian-bahagian diseluruh Malaysia. Majlis dimulakan dengan solat berjemaah, bacaan yassin, tahlil dan solat hajat.


Majlis berjalan dengan sempurna walaupun tanpa kehadiran dua Ketua sayap, YB Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda) dan YB Mas Ermieyati (Ketua Puteri). Dengan ketidakhadiran kedua mereka ini, maka bermulalah cerita SI KAKI KAKI PEMBUAT FITNAH dan ianya di VIRAL kan.

Antara posting-posting KAKI FITNAH di FB dan Blog :


Perkara ini telah disanggah oleh Ketua Puteri Malaysia di FB nya. "Saya minta tolong buat si pembuat cerita...si pembuat fitnah...Tolong hentikan buat fitnah.. dan sokongan saya dan KJ tidaklah boleh diukur hanya dengan ketidakhadiran kami ke Majlis 40thn YAB PM semalam...."



Oh ! Inilah sebab kenapa Ketua Puteri tak hadir ke Majlis berkenaan!!


Eh !! Ada pula wakil dari Exco-exco Puteri Malasyia yang hadir? Kata tak ada!


"Tolong hentikan buat fitnah.. dan sokongan saya dan KJ tidaklah boleh diukur hanya dengan ketidakhadiran kami ke Majlis 40thn YAB PM semalam...." Mas Ermieyati...

P/S : Manusia akan membuat andaian dan terarah untuk membina 'persepsi' negatif dengan asas cakap dengar tanpa mahu mencari cerita sebenar. Kerana manusia ini hanya mahu dengar dan percaya apa yang dia mahu percaya. Tetapi yang membezakan kita dari manusia seperti ini ialah 'berupaya' untuk membezakan antara betul atau salah, Mampu kenal kawan dan lawan, termasuklah mengesan sembilu kecil yg boleh merosak seluruh sistem badan.

Thursday, 11 February 2016

TERIMA HAKIKAT DAN JANGAN KECEWA APABILA DITIPU OLEH RAFIZI !!!

Hati siapa yang tak sedih bila tau mengenai perkara yang sebenar. Siapa yang tak rasa kecewa bila tau diorang telah ditipu hidup - hidup oleh pemimpin yang bijakSANA macam Si Rafizi tu. Siapa sangka. Seorang pemimpin yang selama ini dipandang tinggi kerana taraf pendidikan yang diperolehinya boleh sampai hati untuk menipu secara terang - terangan sedemikian rupa.

Maknanya, taraf pendidikan yang dimiliki oleh seseorang itu bukan la satu ukuran jelas untuk menjustifikasikan apa sahaja tindakan yang dilakukannya. Belajar tinggi, tapi kuat menipu. Luahan hati dikalangan Macai Pakatan Haprak yang didengar sejak dua tiga hari ni ternyata membuktikan bahawa mereka agak kecewa dengan tindakan Si Rafizi yang TAK JUJUR dalam perjuangan.

Kita ingatkan selama hari ini, Si Rafizi tu menjaja cerita buruk terhadap Tabung Haji menunjukkan yang dia sendiri pun dah hilang keyakinan terhadap institusi kewangan Islam tu. Tapi rupa - rupanya, Si Rafizi tu hanya menjaja cerita buruk tanpa dia sendiri mengambil tindakan yang sewajarnya. Apa yang dia lakukan telah menyebabkan ramai pihak yang mengalami kerugian. Dari apa yang telah dijaja oleh Si Rafizi tu sebelum ini seolah - olah memberi gambaran kepada rakyat bahawa pihak pengurusan Tabung Haji tu lansung tak boleh dipercayai oleh semua pihak.

Gambaran yang dijaja oleh Si Rafizi tu telah membuatkan sebilangan besar Macai Pakatan Haprak tu mengambil tindakan mengosongkan akaun simpanan Tabung Haji mereka sebelum ini. Tapi rupa - rupanya, Si Rafizi tu sendiri pun masih lagi mempunyai duit simpanan yang banyak didalam akaun Tabung Haji yang dikatakan telah mencecah hampir sebanyak RM 500 ribu.

Bagi Pencacai Pakatan Haprak tu, sepatutnya Si Rafizi tu sendiri yang perlu mengambil tindakan mengosongkan akaun simpanan dia jika benar dia hilang kepercayaan terhadap Tabung Haji. Tapi rupanya, sampai hari ini, Si Rafizi tu dikatakan masih lagi mempunyai duit simpanan tersebut dan enggan mendedahkannya kepada rakyat secara terbuka. Itu yang buat diorang rasa kecewa.

Kalau diikutkan, hari ini dah masuk hari kedua sejak kita keluarkan cabaran buat Si Rafizi tu. Bila agaknya dia nak sahut cabaran yang kita berikan dan kosongkan duit dalam akaun dia sendiri?

ATAU, adakah Si Rafizi tu hanya sekadar "Pandai Cakap" tapi "Tak Berani Buat"? Kalau dia setakat pandai menjaja cerita buruk pasal Tabung Haji sedangkan duit dia pun masih melambak - lambak, baik tak payah banyak cerita la!!! Buat mengabihkan air liur je!!!

Sumber : SEMUT HITAM

Wednesday, 10 February 2016

FITNAH KERETA BARU TPM ! KAN DAH KANTOI !!



Ada semacam maklumat 'bekas aliran dalaman' yang sedang mengalir untuk menaikkan kemarahan dan seterusnya menaikkan kebencian khususnya terhadap Ahmad Zahid Hamidi. Terdapat juga beberapa isu termasuklah pembuangan eye-bag yang ditukarkan menjadi kononnya kemasukan kologen dan vitamin C serta botox, menjadi isu serta buah mulut yang cukup menyeronokkan.

Isu-isu berkenaan bagaimanapun lenyap begitu sahaja kerana ia tidak lebih daripada sekadar satu gosip murahan sambil mencari dan mengunyah kuku seperti aci-aci estet zaman dahulu.

Hari ini nampaknya satu lagi isu murahan ditimbulkan. Cuma kali ini nampak cerdik sedikit la kut pasai ia turut melibatkan Istana Johor yang tidak diketahui oleh si tukang penyebarnya atau sememangnya sengaja dibuat begitu bagi tujuan menipu.

Sekeping gambar kononnya menunjukkan sekeping gambar kerja sebuah kereta mewah dengan nombor pendaftarannya tertulis, 'TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA', cuba digambarkan dan dipersepsikan kononnya Zahid Hamidi sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan mempersiap-siapkan diri dengan pelbagai kereta-kereta mewah yang tidak pernah dimilikinya selama ini.


Agak malang kerana berita tersebut disanggah dengan pantas apabila ada pihak memberikan penjelasan panjang lebar berhubung kedudukan kereta tersebut.

Nak menjatuhkan Barisan Nasional bukan begini caranya... seperti yang mereka sendiri katakan, nak kalahkan dan hapuskan terus Pakatan bukannya susah, cukup dengan mengerat nama Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan Nik Aziz, musnahlah Pakatan Rakyat. Setakat video rasuah dengan Anwar Ibrahim tungging terbalik di atas perut betina jantan, tidak akan mengurangkan kekuatan tersebut kerana perbuatan seperti itu sudah diterima secara menyeluruh oleh para penyokong mereka.

Jadi, kalau betul-betul nak jatuhkan Zahid Hamidi atau mana-mana pemimpin UMNO bahkan UMNO dan Barisan Nasional sekalipun, eloklah mereka sendiri kotakan apa yang mereka katakan apabila gambar bogel Anwar Ibrahim ditampal dan videonya dijaja.

Kenapa double standard bab nih?

Thursday, 4 February 2016

Kit Siang Turun Berkempan di Masjid Tanah

Pada 31 Januari 2016 yang lepas, Lim Kit Siang turun dalam kempennya di Paya Mengkuang, Masjid Tanah Melaka. Paya Mengkuang merupakan kawasan yang majority penduduknya adalah berbangsa Cina. Paya Mengkuang merupakan salah satu Peti Undi di dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri N01 Kuala Linggi (dalam P134 Parlimen Masjid Tanah).


Walaupun Peti Undi (Paya Mengkuang) berkenaan BN KALAH, akan tetapi calon Barisan Nasional YB Datuk Ar. Ismail Othman berjaya mempertahankan kerusi yang disandangnya buat kali yang kedua dalam kedua PRU 2008 dan 2013 dengan majority yang baik dan besar. Kepada Mr. Lim mai cek habaq kat hang, untuk pengetahuan P134 Parlimen Masjid Tanah dan 5 Dewan Undangan Negeri dibawahnya adalah merupakan KUBU KUAT BARISAN NASIONAL.

HANG TAW SEBAB APA? SEBAB KESMUA WAKIL RAKYAT KAWASAN DAN DUN MERUPAKAN ORANG UMNO DAN SEMUA MEREKA NI SENTIASA ADA DI DALAM KAWASAN DAN BUAT KERJA. TAK MCM HANG TU, JADI WAKIL KEPADA RAKYAT DI GELANG PATAH, TAPI HEBOH KAT TEMPAT ORANG NAK BERKEMPEN !


Antara Ucapan LIM Kiat Siang, di Paya Mengkuang di Masjid Tanah, Melaka.

"Menyeru hadirin memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat supaya melakukan suatu perubahan dan memberi Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya. Menjelaskan ini adalah kawasan Parlimen ke 76 beliau jejaki diseluruh Negara.

"Menyatakan walaupun PRU Ke 13 tidak dapat menerajui Negara namun pada PRU Ke 14 sekali lagi kita bersama mencapai matlamat untuk menukar kerajaan. Menyeru hadirin menberi sokongan kepada DAP, PKR dan AMANAH. 

Calon PAS di Dewan Undangan Negeri N01 Kuala Linggi pun calon dah LAPOK. hampir 5 kali menjadi calon setiap kali tibanya PRU dan KALAH. Dengar cerita dah LOMPAT masuk PAN sekarang KahKahKah... Patut lah Mr. Lim turun Masjid Tanah, sebab ada sorang calon tunggal PAN kat sini. HaHaHa... 

Ps : Kami di Masjid Tanah sentiasa bersama UMNO dan Barisan Nasional. INI KUBU KUAT BARISAN NASIONAL. Hang jaga ja tempat hang tu di Gelang Patah, tak soh sibuk ngan tempat orang...