BN Masjid Tanah

BN Masjid Tanah

Friday 25 November 2016

KENYATAAN KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA MENGENAI PENINDASAN TERHADAP ETNIK ROHINGYA


Kenyataan saya sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia berkenaan Penindasan terhadap Etnik Rohingya di Rakhine.

1. Pergerakan Puteri UMNO Malaysia sangat kesal dengan tindakan Tentera Myammar yang menindas dan membunuh etnik Rohingya di Rakhine yang bermula sejak 9 Oktober lalu.

2. Lebih kesal bilamana Bangladesh turut bersekongkol dengan Myammar dengan menutup kesemua pintu sempadan dan akses bantuan kemanusian.

3. Penggunaan salah kuasa terhadap Etnik Rohingya khusunya kaum wanita dan kanak-kanak sama sekali tidak boleh diterima dengan apa jua alasan sekalipun.

4. Jelas penindasan ini sama sekali telah melanggar hak asasi manusia dan lebih memalukan bila pemenang hadiah Nobel Perdamaian Aung San Suu Kyi mengambil pendekatan berdiam diri.

5. Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menuntut agar badan-badan komuniti antarabangsa,Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),ASEAN, OIC,EU untuk segera meletakkan tekanan kepada kerajaan Myammar dengan: 

-Segera menghentikan pembunuhan beramai-ramai Etnik Rohingnya di Maungdaw dan kawasan sekitar Rakhine. 

- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu menghantar pasukan pengaman ke Arakan bagi menghentikan sebarang usaha pembersihan etnik rohingya. 

-Mengembalikan segala asas kebebasan termasuk kebebasan untuk bergerak, berkahwin, pendidikan,kesihatan dan kehidupan yang aman.

- menarik balik hadiah Nobel Pendamaian Aung San Suu Kyi kerana langsung tidak memainkan peranan dalam membantu menyelesaikan konflik Etnik Rohingya.

6. Pergerakan Puteri UMNO Malaysia juga menuntut janji pemerintah Myammar pada 2015 untuk beri komitmen verifikasikan kewarganegaraan Etnik Rohingya dan menghulur segala bantuan yang diperlukan.

7. PPUM percaya Eknik Rohingya mempunyai hak dan masa depan serta berhak untuk hidup secara aman sama seperti etnik-etnik yang lain.

YB Datuk Hajjah Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia


No comments:

Post a Comment