BN Masjid Tanah

BN Masjid Tanah

Wednesday, 10 February 2016

FITNAH KERETA BARU TPM ! KAN DAH KANTOI !!



Ada semacam maklumat 'bekas aliran dalaman' yang sedang mengalir untuk menaikkan kemarahan dan seterusnya menaikkan kebencian khususnya terhadap Ahmad Zahid Hamidi. Terdapat juga beberapa isu termasuklah pembuangan eye-bag yang ditukarkan menjadi kononnya kemasukan kologen dan vitamin C serta botox, menjadi isu serta buah mulut yang cukup menyeronokkan.

Isu-isu berkenaan bagaimanapun lenyap begitu sahaja kerana ia tidak lebih daripada sekadar satu gosip murahan sambil mencari dan mengunyah kuku seperti aci-aci estet zaman dahulu.

Hari ini nampaknya satu lagi isu murahan ditimbulkan. Cuma kali ini nampak cerdik sedikit la kut pasai ia turut melibatkan Istana Johor yang tidak diketahui oleh si tukang penyebarnya atau sememangnya sengaja dibuat begitu bagi tujuan menipu.

Sekeping gambar kononnya menunjukkan sekeping gambar kerja sebuah kereta mewah dengan nombor pendaftarannya tertulis, 'TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA', cuba digambarkan dan dipersepsikan kononnya Zahid Hamidi sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan mempersiap-siapkan diri dengan pelbagai kereta-kereta mewah yang tidak pernah dimilikinya selama ini.


Agak malang kerana berita tersebut disanggah dengan pantas apabila ada pihak memberikan penjelasan panjang lebar berhubung kedudukan kereta tersebut.

Nak menjatuhkan Barisan Nasional bukan begini caranya... seperti yang mereka sendiri katakan, nak kalahkan dan hapuskan terus Pakatan bukannya susah, cukup dengan mengerat nama Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan Nik Aziz, musnahlah Pakatan Rakyat. Setakat video rasuah dengan Anwar Ibrahim tungging terbalik di atas perut betina jantan, tidak akan mengurangkan kekuatan tersebut kerana perbuatan seperti itu sudah diterima secara menyeluruh oleh para penyokong mereka.

Jadi, kalau betul-betul nak jatuhkan Zahid Hamidi atau mana-mana pemimpin UMNO bahkan UMNO dan Barisan Nasional sekalipun, eloklah mereka sendiri kotakan apa yang mereka katakan apabila gambar bogel Anwar Ibrahim ditampal dan videonya dijaja.

Kenapa double standard bab nih?

Thursday, 4 February 2016

Kit Siang Turun Berkempan di Masjid Tanah

Pada 31 Januari 2016 yang lepas, Lim Kit Siang turun dalam kempennya di Paya Mengkuang, Masjid Tanah Melaka. Paya Mengkuang merupakan kawasan yang majority penduduknya adalah berbangsa Cina. Paya Mengkuang merupakan salah satu Peti Undi di dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri N01 Kuala Linggi (dalam P134 Parlimen Masjid Tanah).


Walaupun Peti Undi (Paya Mengkuang) berkenaan BN KALAH, akan tetapi calon Barisan Nasional YB Datuk Ar. Ismail Othman berjaya mempertahankan kerusi yang disandangnya buat kali yang kedua dalam kedua PRU 2008 dan 2013 dengan majority yang baik dan besar. Kepada Mr. Lim mai cek habaq kat hang, untuk pengetahuan P134 Parlimen Masjid Tanah dan 5 Dewan Undangan Negeri dibawahnya adalah merupakan KUBU KUAT BARISAN NASIONAL.

HANG TAW SEBAB APA? SEBAB KESMUA WAKIL RAKYAT KAWASAN DAN DUN MERUPAKAN ORANG UMNO DAN SEMUA MEREKA NI SENTIASA ADA DI DALAM KAWASAN DAN BUAT KERJA. TAK MCM HANG TU, JADI WAKIL KEPADA RAKYAT DI GELANG PATAH, TAPI HEBOH KAT TEMPAT ORANG NAK BERKEMPEN !


Antara Ucapan LIM Kiat Siang, di Paya Mengkuang di Masjid Tanah, Melaka.

"Menyeru hadirin memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat supaya melakukan suatu perubahan dan memberi Pakatan Rakyat menerajui Putrajaya. Menjelaskan ini adalah kawasan Parlimen ke 76 beliau jejaki diseluruh Negara.

"Menyatakan walaupun PRU Ke 13 tidak dapat menerajui Negara namun pada PRU Ke 14 sekali lagi kita bersama mencapai matlamat untuk menukar kerajaan. Menyeru hadirin menberi sokongan kepada DAP, PKR dan AMANAH. 

Calon PAS di Dewan Undangan Negeri N01 Kuala Linggi pun calon dah LAPOK. hampir 5 kali menjadi calon setiap kali tibanya PRU dan KALAH. Dengar cerita dah LOMPAT masuk PAN sekarang KahKahKah... Patut lah Mr. Lim turun Masjid Tanah, sebab ada sorang calon tunggal PAN kat sini. HaHaHa... 

Ps : Kami di Masjid Tanah sentiasa bersama UMNO dan Barisan Nasional. INI KUBU KUAT BARISAN NASIONAL. Hang jaga ja tempat hang tu di Gelang Patah, tak soh sibuk ngan tempat orang...


Wednesday, 11 November 2015

IKON DAP DYANA SOFYA MEGANDUNG ? DAN MELARIKAN DIRI KE LUAR NEGARA ? BETUL KE ?

JANGAN PERCAYA FITNAH YANG DIREKA OLEH PUAK PEMBANGKANG. FITNAH DIRI SENDIRI UNTUK MENGATAKAN IANYA ADALAH FITNAH DARI BN/UMNO..

DYANA SOFYA MENGANDUNG LUAR NIKAH DAN LARI KE LUAR NEGARA? TOLONGLAH JANGAN JADI BODOH!!!

Di media sosial, terutama sekali Facebook, sedang tersebar poster tentang Dyana Sofya, calon DAP untuk PRK Parlimen Teluk Intan lepas dan merupakan antara Melayu yang 'menang' jawatan dalam parti di Selangor menerusi lantikan tanpa sebarang fungsi baru-baru ini.

Perlu diakui, nama Dyana Sofya agak tenggelam kebelakangan ini. DAP menerusi Tony Pua yang telah berterus-terang bahawa mereka akan merampas dan bertanding di 8 kerusi yang sekarang ini dikuasai oleh PAS, memerlukan calon-calon Melayu yang akan membawa logo DAP pada PRU akan datang.

Sesuatu harus dilakukan untuk mengembalikan nama Dyana Sofya sekaligus mempopularkannya kembali.

Sekolah Demokrasi yang diharapkan oleh DAP mampu mengkaderkan seramai mungkin budak-budak Melayu untuk dijadikan pesuruh dan macai mereka, juga tidak mampu menghasilkan nama-nama yang menjadi fenomena di kalangan pengundi-pengundi muda Melayu.

Mahu tidak mahu, satu isu terpaksa dibangkitkan iaitu dengan menimbulkan berita gempar tetapi sudah cukup untuk menjulang nama ikon mereka.

Dalam hal ini, ikon tersebut adalah Dyana Sofya!

Perlu diingat, walau senegatif mana pun berita, ia akan kekal sebagai berita dan publisiti yang akan mempromosikan seseorang. Kaedah ini telah digunakan oleh Anwar Ibrahim dengan berjaya. Malah Lim Guan Eng, Tony Pua, Rafizi Ramli, Nga Kor Ming dan beberapa orang yang lain, turut menggunakan kaedah ini secara meluas.

Khabar angin kononnya, Dyana Sofya mengandung luar nikah sudah pasti akan menarik berbondong-bondong perhatian. Ia akan terus menjadi hangat dan dihangatkan dengan pelbagai teori sebelum Dyana Sofya muncul dan akhirnya menafikan khabar-khabar angin tersebut dan menyalahkan UMNO-BN kerana cuba menfitnahnya.

Isu ini pernah berlaku pada PRK Teluk Intan apabila cytro pro-BN termakan dengan sekeping poster yang menunjukkan seorang wanita berbikini yang dikatakan, wanita berbikini tersebut adalah Dyana Sofya. Setelah gambar tersebut menjadi hangat, Dyana Sofya muncul dan menafikannya sambil membuktikan bahawa wanita di dalam gambar yang sedang tersebar itu adalah pelakon Filipina.

Dalam isu ini, keadaannya juga sama. Sekeping poster Dyana Sofya kononnya mengandung disebarkan hari ini. Ini sebenarnya adalah psywar puak DAP bagi mengembalikan populariti Dyana yang sudah tenggelam.

Kalaupun benar Dyana mengandung secara haram, kandungannya juga boleh digugurkan dengan kos tidak sampai 10% daripada gajinya bekerja dengan Kit Siang dan DAP.

Teori kononnya Dyana lari ke luar negara untuk lahirkan anak, sebenarnya paling mengarut kerana Dyana belum berkahwin. Dia tidak mungkin akan mahu melahirkan anak luar nikah dan kemudian kembali berpolitik di Malaysia semata-mata untuk menjadi lauk belasahan orang ramai, termasuklah para penyokong DAP sendiri. Tidak mungkin Dyana Sofya sebodoh itu!

Berita karut ini sebenarnya tidak lebih daripada sekadar satu publisiti murahan yang akan mempopularkan Dyana Sofya. Jangan terkejut kerana dalam sehari dua ini, dia akan muncul di sidang media, menangis dan memberitahu dia telah difitnah sambil menghalakan dosa fitnah ini sebagai CIPTAAN UMNO-BN.

yang waras!!! Jangan terpengaruh dengan berita-berita seperti ini yang jelas, ianya merupakan satu troll yang bertujuan mendapatkan publisiti dan menaikkan nama satu 'makhluk ciptaan' DAP!!!

Kopipes dari Flying Kick untuk tatapan korang yang kurang cerdik. 

SHARE LAH BEB !!!

Friday, 18 September 2015

DALANG DISEBALIK PEMBUNUHAN MORAIS


Hari ini, masyarakat kita amnya mudah membuat andaian dan cepat sangat terikut dengan pelbagai spekulasi. Berita mengenai angin pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais ini bukan sahaja menyentuh pengganggur malah dikaitkan sehingga ke peringkat atasan. Cukup hangat teori yang diperkatakan.

Siapa kita untuk membicarakannya? Adakah kita saksi kejadian? Siapa kita untuk menghukum sekuka hati? Adakah kita yang menyiasat perkara ini? Dengan mudahnya kita percaya dengan berita-berita yang belum tentu kesahihannya.

Apa pun, tunggulah hasil siasatan oleh pihak berkuasa!
Jangan lah kita pandai-pandai nak buat spekulasi sendiri!

Seorang lagi suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, ditahan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, penganggur berusia 22 tahun itu di tangkap di Kulim, Kedah kira-kira jam lima petang.

“Suspek direman tujuh hari bermula semalam. Dengan tangkapan terbaru ini menjadikan lima orang suspek telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit,” katanya semalam.

Kelmarin, empat suspek lelaki berusia 22 tahun sehingga 52 tahun, dua wanita dan seorang kanak-kanak ditahan selepas 13 hari siasatan dijalankan.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati kedua-dua wanita dan kanak-kanak lelaki berkenaan dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan kes tersebut dan telah dibebaskan.

Dalam perkembangan itu, polis meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Duta Mas, Kuala Lumpur jam 7.51 pagi pada 4 September lalu.  

Kemalangan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan penculikan mendiang Kevin Morais.

“Kita minta pemandu atau penumpang Toyota Estima putih yang berhenti melihat kejadian (berdasarkan rakaman video) tampil membantu siasatan.

“Orang ramai boleh menghubungi mana-mana balai polis atau hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999,” katanya.

Monday, 7 September 2015

PANDANG LAH DARI SUDUT YANG POSITIF

Masjid Tanah : 06.09.15 (Ahad), Berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah bagi Tahun 2015 yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merangkap Naib Presiden UMNO Malaysia di Dewan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Masjid Tanah. Turut hadir bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris Haron yang juga merangkap Ketua Menteri Melaka, Ketua-Ketua UMNO Bahagian dalam Negeri Melaka, Exco-Exco Kerajaan Negeri, Pegawai-Pegawai Kerajaan dan ramai lagi tetamu VIP yang hadir ke majlis tersebut.





Namun setiap perkara yang baik pasti ada yang tidak berpuas hati. Cuba anda lihat gambar diatas (bulatan putih). Gambar ini menjadi viral di laman sosial sejak semalam oleh pihak yang suka melaga-lagakan dan memandang dari persepsi yang negatif sahaja. Malah komen-komen yang agak kurang bijak oleh pengguna media sosial menampakkan yang mereka masih belum lagi mengenali sepenuhnya siapa YB Senator Tan Sri Mohd Ali Rustam, Mantan Naib Presiden UMNO dan Ketua Menteri Melaka ini. 

"KEPADA PEMIMPIN BARU TOLONG BELAJAR HORMAT PEMIMPIN TERDAHULU"

"KALAU TAK DAPAT NAK BALAS BUDI TOLONG BELAJAR MENGENANG BUDI"

(Diantara tajuk serta komen-komen mengenai gambar tersebut di Media Sosial)

Dari pandagan sudut atau persepsi yang berbeza, YB Senator Tan Sri Mohd Ali berdiri disebelah pentas diatas rumput menajdi viral, maka bermula lah komen-komen yang tidak berapa matang dari pengamal media sosial khususnya di Negeri Melaka. Kita sedia maklum, bahawa YB Senator Tan Sri Mohd Ali merupakan seorang yang HUMBLE dan tidak suka berprotokol sejak zaman beliau memerintah Negeri Melaka lagi. Beliau seorang yang mesra dan berjiwa rakyat dan tidak menjadikan protokol salah satu caranya sewaktu beliau mentadbir Kerajaan Negeri Melaka ketika dahulu. Disebabkan itu, beliau mudah didekati oleh pelbagai lapisan masyarakat dan berbilang kaum.

Untuk makluman, pihak pengurusan majlis telah menyediakan tempat-tempat bagi tetamu VIP yang hadir ke majlis tersebut. Sebagai contoh, cuba dilihat dalam Perhimpunan Agong UMNO Malaysia, tempat-tempat Khas telah disediakan untuk Mantan Presiden parti. Mungkin keadaan berlaku secara tidak sengaja atas semangat Tan Sri Mohd Ali ini, membawanya bangun dari tempat khas yang telah disediakan dan berdiri sebaris dengan pemimpin-pemimpin sewaktu majlis berlansung. Jadi dalam pekara ini, jika kita lihat dari sudut atau persepsi yang baik, maka perkara akan menjadi baik. Tetapi jika dilihat dari sudut dan persepsi negatif maka perkara ini akan dipandang negatif.

Cuba kita perhatikan gambar dibawah ini :



YBS Tan Sri Mohd Ali masih diberi penghormatan duduk bersama kempimpinan Negeri dan Bahagian Masjid Tanah di Majlis berkenaan. Jadi yang nak di spin kan mengenai isu Tok Ali berdiri dibawah pentas diatas rumput sewaktu majlis perbarisan dan menaikkan bendera UMNO buat apa? pandanglah dari sudut dan persepsi yang positif sahaja, maka perkara akan menjadi baik. Jika dilihat sewaktu majlis berkenaan juga dihadiri oleh Mantan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah Datuk Seri Dr. Abu Seman Yusop. Apa pun marilah kita bersama menolak persepsi dari sudut yang negatif dan bersatu mencari titik persamaan, moga parti keramat UMNO ini sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.


NOTA : 

Jika mahu diterjemahkan kepada protokol elok kita lihat P.T.O.
Place. Time. Occasion. 
Tempat: Mesyuarat UMNO Bahagian.
Masa: Mesyuarat UMNO Bahagian.
Acara: Mesyuarat UMNO Bahagian.
Saya masih yakin, YB. Tan Sri Ali Rustam dijemput atas kapasiti beliau sebagai Ketua Bahagian bagi meraikan kehadiran YAB Naib Presiden, TPM Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Aura dan personality Tan Sri Ali masih kuat dan tidak terjejas pun atas keberadaan beliau diluar pentas sebagai mantan CM. Jika beliau berada diDewan Negara, beliau mesti mendapat tempat yang prominent.Jika dilihat mereka yang berada diatas pentas adalah personaliti2 yang sepatutnya berprotokol sebab itu adalah mesyuarat Bahagian Masjid Tanah. Tidak jadi isu perkara ini.