KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG.
TAMAT TEMPOH PERMOHONAN MAAF AMK
Berikutan desakkan permohonan maaf yang disuarakan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) berhubung kenyataan media AMK Pulau Pinang yang menghina dan memfitnah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi. Tempoh yang diberikan kepada pihak AMK Pulau Pinang sehingga hari penamaan calon, 25 April 2015 untuk menyatakan permohonan maaf telah tamat.
DPPNPP dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri P.Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh. Semua bilik gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh ini.
Malahan, kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru PASTI juga akan direhatkan dari bertugas dalam PRK ini.
Kami juga tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai mana-mana pentas ceramah sepanjang kempen untuk PRK Permatang Pauh.
DPPNPP turut melahirkan kekecewaan atas sikap berdiam diri oleh AMK Pulau Pinang dan juga helah politik PKR dan beberapa pimpinan tertentu PAS dalam mengurus desakan akar umbi PAS di Permatang Pauh.
Hukumnya adalah haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud, kata Ketua Urusan Ulama, Pas Kawasan Permatang Pauh, Badrul Abdul Rahman.
Menurutnya, ia bertepatan maksud Surah an-Nisa ayat 85 iaitu “Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) ALLAH Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.
Beliau berkata, membantah dan mempertikaikan hudud akan merosakkan akidah umat Islam.
“Hudud perkara dharuri dalam Islam. Maksudnya secara asas, umat Islam yang mempelajari asas agama akan memahami bahawa ia syariat (perintah) ALLAH yang wajib hukumnya untuk dilaksanakan ke atas umat Islam.
“Islam yang mencakupi seluruh perkara dalam kehidupan, sudah tentu soal politik dan memilih pemimpin sudah digariskan oleh Islam,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.
Sehubungan itu, demi menyelamatkan kerusi Parlimen Permatang Pauh terus kekal menjadi milik PR dalam PRK 7 Mei ini, Pas Permatang Pauh mendesak PKR dan pemimpinnya yang menolak dan menghina hudud, menarik balik semua bantahan dan penghinaan itu.
Beliau berkata, kenyataan Yang Dipertua Pas kawasan itu, Omar Hassan adalah mewakili suara akar umbi kawasan dan bukan pendirian peribadinya.
Menurutnya, ia adalah usul oleh Pemuda Pas kawasan yang diterima sebulat suara dengan bahas dalam mesyuarat agung tahunan Pas Kawasan Permatang Pauh Ahad lalu.
“Usul dan kenyataan media itu bermaksud ahli dan mesyuarat agung kawasan sayang PR dan mahu kerusi Parlimen Permatang Pauh kekal milik PR.
“PR berisiko kehilangan undi ahli Pas dan pengundi atas pagar kerana Permatang Pauh adalah bumi yang subur dengan kuliah pengajian maka penduduknya juga dari kalangan mereka yang kuat fahaman agama,” katanya.
Menurutnya, itu adalah hasil yang diperoleh berdasarkan luahan ahli dan pengundi atas pagar yang ditemui dalam beberapa siri turun padang oleh Pas kawasan dan cawangan.
“Malah ia juga disuarakan semasa perbahasan usul dalam mesyuarat agung itu,” katanya.
Ahad lalu, Pas Permatang Pauh meluluskan usul menggesa kepimpinan PKR membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan mereka yang tidak menyokong pelaksanaan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.
Omar berkata, PKR diberi tempoh sehingga sebelum hari penamaan calon untuk membuat permohonan maaf dan menarik semula kenyataan tidak menyokong hudud.
Menurutnya, jika PKR bersetuju dan meminta maaf secara terbuka pihaknya akan meneruskan kerjasama dengan parti itu dalam PRK Permatang Pauh kelak.
Beliau berkata, pendirian ini dibuat dan disepakati oleh akar umbi pada mesyuarat agung kerana ahli Pas di Permatang Pauh mampu memberi kemenangan kepada calon yang akan bertanding pada PRK nanti.
Dalam satu majlis lain pada hari sama, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dilapor melahirkan rasa kehairanan dengan tuntutan Omar kerana sebelum ini pernah bertemunya ketika pelancaran jentera PKR Jumaat minggu lalu.
Beliau berkata, dalam pertemuan yang turut disertai beberapa pimpinan Pas Pusat, Omar menyatakan sokongan terhadap PKR bagi menghadapi PRK Permatang Pauh.
“Sebelum ini dia (Omar) sendiri menyatakan sokongan mahu membantu PR dalam PRK Permatang Pauh,” katanya.
Bagaimanapun, Dr Wan Azizah berkata, PKR akan berjumpa kepimpinan Pas Permatang Pauh bagi mendapat penjelasan mengenai tuntutan mereka supaya memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan yang tidak menyokong pelaksanaan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud – Sinar Harian
TONTON VIDEO DI ATAS INI , ULASAN PRESIDEN PAS MENGENAI ISU HARAM SOKONG CALON TOLAK HUDUD. JADI KEPADA AHLI-AHLI PAS JANGAN LA DEGIL, INI PRESIDEN PARTI CAKAP TAW BUKAN GUAN ENG CAKAP HEHEHE ...
Minggu lepas ketika mencari video lama di YouTube tiba-tiba terjumpa satu video berdurasi 18minit 24 saat yang merupakan laporan “Berita Terkini” yang dimuat naik dari akaun IMR Television. Video tersebut boleh ditonton di bawah ini.
Video tersebut merakamkan sesi soal jawab bekas pemimpin PAS, Datuk Hassan Ali dalam satu program tertutup yang dihadiri oleh penggiat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dari seluruh negara yang berlangsung di Kem Permata Resort, Melaka pada 2013 lalu.
Dalam menjawab soalan peserta dengan jelas Hassan berkata, sememangnya wujud usul untuk menggabungkan PAS dan Umno yang dinamakn usul UG yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.
Usul menggabungkan Pas dan Umno ini disokong pelbagai pihak dalam PAS antaranya ialah bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa termasuk beliau sendiri Hassan dengan tegas menyatakan Allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat pula merupakan firaun kecil atau sebahagian dari parasit yang menghalang hasrat menggabungkan Umno dan PAS itu.
Dengan nada menghina Hassan menyebut Nik Aziz ketika Maulidur Rasul bukan berarak di Kota Baru tetapi sebaliknya pergi ke rumah Mendiang Karpal Singh, untuk menyambut ulang tahun Karpal malah Hassan menyatakan selagi Nik Aziz hidup jangan mimpi UG terlaksana.
Hassan dalam video tersebut beberapa kali menegaskan Hadi sangat pro penggabungan PAS/Umno tetapi dihalang oleh puak Anwarinas dan pro Nik Aziz dalam PAS.
Hassan tanpa berselindung berkata, menjelang Muktamar PAS Jun akan perbagai pihak perlu terlibat membantu Hadi dan usul UG nya dengan memastikan kumpulan Anwarinas dan pro Nik Aziz kalah dengan digantikan dengan kumpulan ulama yang lebih terbuka dan sanggup bergabung PAS dan Umno demi Melayu dan Islam.
Meneliti perkara ini, tentu ramai ternanti maklum balas terhadap Hadi. Adakah benar dia sedia bergabung dengan Umno ? Adakah benar kempen pemilihan dalam PAS yang sedang berlangsung kini ialah proses menyingkir kumpulan yang menentang usul UG dan digantikan dengan kumpulan yang konon bergelar ulama tetapi yang penting ialah ke arah agenda penggabungan Umno-PAS itu sendiri.
Jika ia fitnah maka video ini fitnah yang menggugat integriti tokoh sebesar Hadi, ia harus bertindak dengan menuntut Hassan menarik fitnah tersebut atau disaman. Mohon maklum balas daripada Hadi. (CB)
Isu besar PAS kawasan Permatang Pauh yang berpendirian bahawa berdosa dan haram mengundi calon yang menolak Hudud telah menyaksikan drama murahan pemimpin-pemimpin PAS dan PKR yang cuba menunjukkan bahawa isu ini sangat kecil dan terkawal.
Padahal, ketetapan PAS kawasan Permatang Pauh itu sebenarnya amat besar dan menjadi perkara utama bagi ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS Permatang Pauh sebelum mengundi pada 7hb Mei ini.
Bukan sahaja pemimpin-pemimpin Pembangkang, portal pro-pembangkang juga dilihat cuba membuat laporan yang mengelirukan. Sebagai contoh, laporan SorosKiniMalaysiaKini tentang pendirian Abdul Hadi Awang, Presiden PAS mengenai pendirian PAS kawasan Permatang Pauh. Selepas satu forum, Abdul Hadi telah ditanya oleh para pemberita.
Sementara itu, ditanya pemberita berhubung "fatwa" ulama akar umbi Permatang Pauh bahawa “haram undi calon tolak hudud”, Hadi hanya berkata PAS masih lagi berada dalam pakatan.
Katanya, selepas tamat program itu, beliau menghormati pandangan PAS Permatang Pauh dan akan mendengar penjelasan lanjut daripada pihak itu.
"Kita masih (bersama) dalam Pakatan Rakyat. Adapun tentang (PAS) Permatang Pauh, saya tak boleh tengok berita melalui media sahaja.
“Saya akan dengar (daripada PAS) Permatang Pauh sendiri," katanya.
Ditanya apakah saranannya terhadap PAS kawasan itu, beliau hanya mengulangi kenyataannya dan berkata:
"Saya menghormati penyokong PAS di Permatang Pauh." Seterusnya
Tetapilaporan SorosKini MalaysiaKini ternyata jauh berbeza dengan laporan media lain, walau pun sumbernya di tempat yang sama dan selepas satu forum anjuran Sinar Harian.
Yang tidak dilaporkan oleh SorosKini MalaysiaKini ialah kenyataan Abdul Hadi Awang seperti di bawah:
"Memanglah hudud, bagi orang Islam wajib," demikian respons ringkas Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awangketika ditanya berkenaan kenyataan Ketua Urusan Ulama, Pas Kawasan Permatang Pauh, Badrul Abdul Rahman yang berkata haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud.
Memperincikan dengan lebih lanjut, Hadi berkata beliau bersetuju dengan kenyataan tersebut.
"Betullah tidak boleh, iya,"katanya kepada Sinar Online selepas selesai program Bicara Minda bersamanya di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini, Seterusnya
Kenapa portal pro-pembangkang MalaysiaKini tidak melaporkan kenyataan yang sangat penting ini sedangkan kenyataan Abdul Hadi itu diambil selepas forum sama seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian?
Apakah portal itu sengaja tidak melaporkan kenyataan Presiden PAS itu untuk mengelirukan pembaca-pembacanya?
Yang pastinya, kenyataan Abdul Hadi Awang yang bersetuju dengan pendirian PAS kawasan Permatang Pauh ini akan menempelak kenyataan beberapa pemimpin PAS pusat yang cubaover ruleatau menidakkan pendirian PAS kawasan Permatang Pauh.
Nampaknya,pergeseran di antara PAS, PKR dan DAP semakin meruncing di PRK Permatang Pauh!
PUTRAJAYA - Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (JFK), Prof Emeritus Tan Sri Abd Shukor Husin berkata secara asasnya tiada larangan terhadap perbuatan melakukan zikir sambil 'menggoyangkan badan'.
Menurutnya, untuk mengatakan perbuatan ini haram atas dasar Rasulullah tidak pernah melakukannya, ia adalah tidak tepat kerana pada asasnya perkara harus kekal harus melainkan ia bertentangan dengan prinsip dan semangat al-Quran dan Sunnah.
"Sesuatu yang tidak dibuat oleh Nabi tidak semestinya haram berdasarkan kaedah tarku al-shay' la yaqtadi tahrimuhu iaitu sekiranya (Rasulullah) meninggalkan sesuatu tidak semestinya bererti membawa hukum pengharamannya'. Juga berdasarkan kaedah fiqh al-umur bi maqasidiha (setiap perkara adalah berdasarkan matlamatnya).
"Walaubagaimanapun perbuatan zikir yang dilakukan haruslah tidak keterlaluan sehingga menghilangkan matlamat zikir itu sendiri iaitu untuk mengingati ALLAH. Ia juga hendaklah tidak melibatkan perkara-perkara yang haram dan maksiat seperti percampuran bebas lelaki dan wanita, pembukaan aurat, iringan nyanyian dan muzik yang keterlaluan sehingga merosakkan amalan zikir tersebut dan lari dari batas syariah Islam," katanya ketika sidang media khas Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan di Ibu Pejabat Jakim Putrajaya, hari ini.
Mengulas lanjut, Abd Shukor berkata, perkara penting yang harus diambil perhatian dalam isu ini ialah perkara yang dilakukan tidak seharusnya melampaui batas.
"Apa sahaja dalam agama yang bersifat melampaui batas adalah ditolak. Oleh yang demikian kita melihat ramai ulama yang membezakan pergerakan dalam zikir antara yang bersifat fitrah dengan sesuatu yang dibuat-buat atau secara berlebihan.
"Sesuatu yang dibuat-buat atau berlebih-lebihan adalah tertolak kerana ia bertentangan dengan semangat zikir iaitu untuk mengingati ALLAH," katanya.
Dalam isu berkaitan, Abd Shukor berkata, JFK tidak pernah menarik balik pengharaman ke atas tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyah pimpinan Syeikh Nazim yang diputuskan pada 3 April 2000.
Ujarnya, jawatankuasa tersebut mendapati tariqat itu bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam.
Abd Shukor juga berkata, jawatankuasa itu tidak menemui fakta sahih untuk mengaitkan kumpulan Habib, yang terkenal dengan program qasidah dan zikir dengan tariqat itu walaupun tokoh qasidah terkenal dari Indonesia, Habib Syech Abdul Qadir Assegaf yang terkenal dengan lagu Ya Hanana, dikatakan pernah bergambar bersama Syeikh Nazim, kata Abd Shukor.
"Sejak akhir-akhir ini telah dikalutkan dengan isu tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyah Syeikh Nazim Al-Haqqani dalam pelbagai media sosial dan cuba dikaitkan dengan kumpulan Habib," kata beliau.- SUMBER