BN Masjid Tanah

BN Masjid Tanah

Thursday, 27 August 2015

JOM KITA SOKONG KEMPEN UNDI TAK PERCAYA TERHADAP NAJIB!! TAK PERLU SERTAI BERSIH 4.0


Jangan buang masa dan jadikan diri anda LEMBU atau jadikan diri anda KELDAI untuk pihak pihak yang mengambil kesempatan....!!

Tak payah sertai kerja bodoh berhimpun secara haram jadah tetapi bertopengkan tuntutan yang kununnya menggambarkan praktis demokrasi. Jika kita lihat tujuan perhimpunan haram jadah menunggang nama BERSIH 4.0 seolah-olah mahu menjadi pendesak untuk membetulkan sistem pentadbiran kerajaan BN.

Hakikatnya mereka yakni juak juak penganjur sudah beberapa kali terbukti pada perhimpunan haram sebelum ini atas nama BERSIH 2.0 dan 3.0 hanyalah mahu menimbulkan keadaan tidak tenang dalam negara agar dunia diluar sana melihat dan dijadikan bahan kritikan, itu sahaja !!


Kalau iya benar juak juak BANGANG ini mahu gulingkan YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak, jom kita pakat ramai ramai sokong kempen UNDI TIDAK PERCAYA terhadap Najib kerana beliau hanya boleh diturunkan atau dipecat dengan proses ini !!

Ayuh....., Marilah kita gesa agar proses ini dibenarkan dan dijalankan.  Kenapa kita mesti sokong kempen ini..? Anda mahu tahu jawapannya, baca seterusnya di SINI

PESANAN DYMM SULTAN JOHOR- JANGAN BAGI KAMI JANJI KOSONG


"Telah banyak Menteri dan pemimpin tertinggi Angkatan Tentera Malaysia yang telah datang berjumpa dengan saya dan memberikan macam-macam janji untuk membantu Rejimen Gerak Khas, sedihnya sehingga hari ini nampaknya janji-janji itu semuanya kosong belaka.



Wednesday, 26 August 2015

LEBIH 5 RIBU HADIRI PENERANGAN & DIALOG #HARAPANBARU MASJID TANAH



25 Ogos 2015, Masjid Tanah : Hampir 5 ribu orang membanjiri perkarangan rumah 'Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Masjid Tanah, dalam satu Sessi Penerangan & Dialog #HARAPANBARU yang disampaikan oleh Mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka Saudara Adly Zahari malam tadi. Turut hadir bersama Ustaz Julasapiyah Kassim, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Masjid Tanah.

Syabas dan TAHNIAH kepada pihak penganjur kerana berjaya mengumpulkan lebih dari 5 ribu hadirin pada malam tadi. 

Gambar sekitar majlis berlansung,






Thursday, 28 May 2015

MALAYSIA BERDEPAN CABARAN MENGETENGAHKAN PEMIMPIN MUDA - MAS ERMIEYATI

Negara berdepan berdepan cabaran untuk mengetengahkan generasi muda terutama di bawah umur 30 tahun untuk menjadi pemimpin pelapis masa hadapan. Puteri UMNO melihat tugas itu kini tidak terletak di bahu kerajaan namun harus dipikul pihak pembangkang.

Pelbagai cabaran dari segenap aspek harus dihadapi kini untuk memastikan kesinambungan pemimpin sedia ada dan golongan muda dalam memastikan kemakmuran negara. Puteri UMNO melihat ia termasuk cabaran untuk menampilkan lebih ramai Ahli Parlimen Wanita terutama yang muda sekali gus menjadikan kelompok berkenaan sebagai agen perubahan.
Mas Ermieyati bersama Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika menghadiri Sidang Kemuncak Global, Ahli Parlimen Muda (IPU) di Tokyo

"Saya kini mewakili negara sebagai ketua delegasi Sidang Kemuncak Global, Ahli Parlimen Muda Himpunan Kesatuan Antara Parlimen (IPU) yang bermula hari ini sehingga esok di Tokyo. 

"Ia merupakan sidang dengan dengan tema demokrasi, keamanan dan kemakmuran untuk mencari penyelesaian dalam isu belia antaranya dalam politik, pendidikan dan polisi." 

Puteri UMNO juga melihat maklum balas daripada persidangan itu akan dijadikan rujukan untuk memastikan tambah nilai dari pentadbiran selain aspek polisi negara sendiri. 

"Saya mengambil contoh pembentangan speker dari Jepun, Kensuda Harada yang mengajak Ahli Parlimen untuk melihat perspektif politik kepada masyarakat dalam skala lebih besar.

"Harada turut berpesan supaya Ahli Parlimen bukan hanya menjadi calon namun perlu bercakap dalam isu yang dekat di hati orang muda. "Apa yang dikatakan Harada tepat terutama dalam aspek penggunaan media sosial dan mendidik orang muda supaya berkecimpung dalam politik." 

Puteri UMNO turut melihat Dasar Belia Malaysia yang akan dilaksanakan mulai 2018 bagi menggantikan Dasar Pembangunan Belia Negara 1997 yang menetapkan had umur belia dari 15 tahun hingga 30 tahun berbanding 15 tahun hingga 40 tahun sebelum ini merupakan usaha berterusan negara dalam mencari pelapis pemimpin. 

Kerana itu, Rancangan Malaysia ke-11, yang dibentangkan baru-baru ini mengutamakan pendidikan teknikal dan kemahiran agar belia negara dapat merealisasi dan memperkasa potensi maksimum mereka. 

Puteri UMNO turut merasakan mengurangkan jumlah pengangguran perlu diberi keutamaan dalam memastikan hasrat kerajaan selaras dengan impian melahirkan lebih banyak pemimpin muda pelapis negara. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini turut dilaporkan mahu pemimpin belia yang mempunyai iltizam, semangat dan motivasi serta cita-cita yang tinggi untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat serta merubah landskap negara ke arah yang lebih baik. 

Justeru saranan Datuk Seri Najib yang menyeru pemimpin muda agar menjadi ketua yang bertanggungjawab, beretika dan boleh bergantung harap sebagai generasi penyambung sekaligus menggerakkan transformasi negara merupakan platform baik untuk melihat impian itu menjadi kenyataan.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Pergerakan Puteri UMNO
Ahli Parlimen Masjid Tanah
27 Mei 2015


Monday, 25 May 2015

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI MELAKA TAHUN 1436H/ 2015M

PEJAM CELIK, PEJAM CELIK DAH NAK DEKAT RAMADHAN PULA. ALHAMDULILLAH, SEMOGA RAMADHAN KALI INI BERMAKNA BUAT KITA SEMUA. KAMI KONGSIKAN KEPADA ANDA JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA SELURUH NEGERI MELAKA TAHUN 1436H/ 2015M.