BN Masjid Tanah

BN Masjid Tanah

Friday 13 March 2015

DAP Cuba Cetus Kembali 13 Mei - Zahid Hamidi Sokong Ketua Polis Negara


Tindakan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan kenyataan melalui akaun Twitter berhubung mahu anggotanya melakukan siasatan keatas kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Timbalan Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy melalui Twitter telah disalah erti oleh pihak tertentu dengan mendakwa tujuan tersebut cuba menakut-nakutkan dan bermotifkan politik.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan sokongan beliau terhadap tindakan tersebut dengan berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan tindakan profesional dan tidak memihak kepada mana-mana politik.

PDRM sentiasa mengekalkan undang-undang serta ketenteraman awam, mencegah dan mengesan penjenayah dengan pendekatan tanpa gentar atau pilih kasih.

"Sehubungan itu, PDRM memaklumkan kepada orang ramai mengenai tindakan yang diambil melalui Twitter dengan mengambil kira perkara-perkara yang boleh menimbulkan kebimbangan orang awam dan kejayaan dicapai oleh PDRM," kata Zahid Hamidi dalam kenyataannya.

Zahid Hamidi yang mengulas mengenai kenyataan berbaum perkauman berkata, PDRM memandang serius kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai kepentingan telah menggunakan media sosial mempengaruhi atau menghasut pihak ketiga sehingga boleh menjejaskan keselamatan negara.

"Justeru itu, semua pihak perlu menitikberatkan langkah pengawalan dan waspada bagi mengelak tercetusnya sentimen perkauman dan keagamaan," katanya. -Alip Danial/Utaranews.com-

No comments:

Post a Comment