BN Masjid Tanah

BN Masjid Tanah

Tuesday, 7 April 2015

Kesian Pembangkang! Akhirnya RUU POTA (Akta Pencegahan Keganasan) diluluskan!

Akhirnya RUU POTA (Akta Pencegahan Keganasan) diluluskan. Perbahasan sampai ke dinihari dan kemenangan akhirnya diperolehi oleh blok Kerajaan.


Menariknya, PKR dan DAP sepakat menuduh PAS sengaja mensabotaj 'kemenangan' Pakatan dalam isu undian tersebut apabila 8 orang Ahli Parlimen PAS tidak hadir untuk memberikan undi kepada Pakatan DAP-PKR.



Pakatan sebelum ini berusaha bermati-matian dan dengan apa sahaja cara agar pembentangan usul POTA tidak dapat dibuat di Parlimen. 

Mereka mendakwa POTA 2015 akan dijadikan alat politik oleh kerajaan, sekaligus menunjukkan mereka takut dengan bayang-bayang sendiri kerana kebanyakan masalah, berpunca daripada keghairahan kempen dan perang saraf mereka.

Matlamat POTA adalah untuk membanteras keganasan. Tiada sepatah pun perkataan di dalam rang undang-undang tersebut mengizinkan digunakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang berbeza ideologi politik.

Apabila dikuatkuasakan nanti, POTA akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selain melengkapi undang-undang negara sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Kanun Keseksaan yang mana kedua-duanya hanya boleh digunakan oleh kerajaan selepas jenayah dilakukan.

POTA boleh digunakan sebelum satu tindakan keganasan dilakukan. 

Asas penggubalan POTA adalah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, justeru, dakwaan bahawa rang undang-undang tersebut diciplak atau dikitar semula daripada ISA 1960 disifatkan tidak berasas sama sekali.

Penguatkuasaan POTA akan memberi kuasa yang lebih kukuh kepada pihak berkuasa untuk menghalang pengaruh kumpulan militan Negara Islam (IS) di negara ini.

Berikut senarai MP PAS yang tak hadir

Marang
Pokok Sena
Kota Raja
Tumpat
Temerloh
Pasir Mas
Rantau Panjang
Kuala Nerus
Kota Bharu
Pengkalan Chepa

No comments:

Post a Comment