BN Masjid Tanah

BN Masjid Tanah

Monday 7 November 2016

HANYA 300 ORANG HADIRI KENDURI RAKYAT BERSAMA PEMIMPIN???

06.11.2016 (Ahad) : Bermula seawal jam 7.00 pagi, Padang Taman Rekreasi Bukit Beringin telah dikunjungi oleh orang ramai untuk bersama dalam program KENDURI RAKYAT BERSAMA PEMIMPIN MASJID TANAH. Program ini telah disusun atur dengan baik oleh Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah YBhg. Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bersama jawatankuasa kerja perlaksanaan bagi memastikan program ini berjaya.


Program ini bertujuan merapatkan lagi masyarakat di Masjid Tanah dengan pemimpin yang mana ianya ternyata berkesan dengan kehadiran hampir 15 ribu hadirin. Pelbagai acara telah disusun atur bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Masyarakat yang berkunjung dijamu dengan sarapan pagi dengan pelbagai menu dan makan tengahari. Setiap wakil rakyat kawasan diarahkan membuka khemah dan menyediakan menu masakan masing-masing untuk diberikan kepada masyarakat yang hadir.







Selain dari itu, pihak pengurusan program juga berjaya mengadakan SIMULASI PILIHANRAYA. Simulasi pilihan raya yang diadakan di dalam Program Kenduri Rakyat anjuran UMNO Bahagian Masjid Tanah jelas menunjukkan bahawa bahagian ini telah bersedia bagi berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang. Jelas Ketua UMNO Bahagian tersebut Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, simulasi pilihan raya yang adakan menggambarkan keadaan pilihan raya sebenar dan ia menguji gerak kerja semua jentera bagi meraih undi dan memastikan para pengundi keluar mengundi.



KAMI JENTERA DI P134 MASJID TANAH TELAH BERSIAP SEDIA MENGHADAPI PRU14 AKAN DATANG !!! SEMBOYAN TELAH DIBUNYIKAN, AYUH MANTAPKAN GERAK KERJA AGAR KITA DAPAT MEMASTIKAN YANG MASJID TANAH ADALAH KUBU KUAT BARISAN NASIONAL !!!

#MasjidTanahLainDariYangLain
#MasjidTanahKubuKuatBN

1 comment:

  1. Admin dah tengok cerita Rauf kena maki dengan cytro BN Ashikin Yunos tu ke? -AlterEgo

    ReplyDelete