BN Masjid Tanah

BN Masjid Tanah

Monday, 27 April 2015

Gagal Mohon Maaf Kepada Presiden - Pemuda PAS Penang Minta Jangan Bantu Kempen PKR...

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG.

TAMAT TEMPOH PERMOHONAN MAAF AMK

Berikutan desakkan permohonan maaf yang disuarakan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) berhubung kenyataan media AMK Pulau Pinang yang menghina dan memfitnah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi. Tempoh yang diberikan kepada pihak AMK Pulau Pinang sehingga hari penamaan calon, 25 April 2015 untuk menyatakan permohonan maaf telah tamat.

DPPNPP dengan ini menetapkan pendirian bahawa semua jentera dan petugas Pemuda PAS Negeri P.Pinang direhatkan dari semua gerak kerja sepanjang Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh. Semua bilik gerakan Pemuda tidak akan dibuka sama sekali. Mana-mana premis di bawah seliaan pemuda juga tidak dibenarkan untuk digunakan sepanjang PRK Permatang Pauh ini.

Malahan, kumpulan Alternatif Riding Club (ARC) bagi aktiviti konvoi anak-anak muda atau seumpamanya, petugas keselamatan Jabatan Amal Negeri dan semua guru PASTI juga akan direhatkan dari bertugas dalam PRK ini.

Kami juga tidak akan terlibat dengan mana-mana jemputan untuk menyertai mana-mana pentas ceramah sepanjang kempen untuk PRK Permatang Pauh.

DPPNPP turut melahirkan kekecewaan atas sikap berdiam diri oleh AMK Pulau Pinang dan juga helah politik PKR dan beberapa pimpinan tertentu PAS dalam mengurus desakan akar umbi PAS di Permatang Pauh.

Ustaz Mohd Yusni Bin Mat Piah.
Ketua Pemuda,
Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang
26 April 2015

Friday, 24 April 2015

Ulama PAS Keluar Fatwa Haram Sokong PKR Dan Video Penuh Ulasan Presiden PAS...

Hukumnya adalah haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud, kata Ketua Urusan Ulama, Pas Kawasan Permatang Pauh, Badrul Abdul Rahman.

Menurutnya, ia bertepatan maksud Surah an-Nisa ayat 85 iaitu “Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) ALLAH Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”.


Beliau berkata, membantah dan mempertikaikan hudud akan merosakkan akidah umat Islam.

“Hudud perkara dharuri dalam Islam. Maksudnya secara asas, umat Islam yang mempelajari asas agama akan memahami bahawa ia syariat (perintah) ALLAH yang wajib hukumnya untuk dilaksanakan ke atas umat Islam.

“Islam yang mencakupi seluruh perkara dalam kehidupan, sudah tentu soal politik dan memilih pemimpin sudah digariskan oleh Islam,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Sehubungan itu, demi menyelamatkan kerusi Parlimen Permatang Pauh terus kekal menjadi milik PR dalam PRK 7 Mei ini, Pas Permatang Pauh mendesak PKR dan pemimpinnya yang menolak dan menghina hudud, menarik balik semua bantahan dan penghinaan itu.

Beliau berkata, kenyataan Yang Dipertua Pas kawasan itu, Omar Hassan adalah mewakili suara akar umbi kawasan dan bukan pendirian peribadinya.

Menurutnya, ia adalah usul oleh Pemuda Pas kawasan yang diterima sebulat suara dengan bahas dalam mesyuarat agung tahunan Pas Kawasan Permatang Pauh Ahad lalu.

“Usul dan kenyataan media itu bermaksud ahli dan mesyuarat agung kawasan sayang PR dan mahu kerusi Parlimen Permatang Pauh kekal milik PR.

“PR berisiko kehilangan undi ahli Pas dan pengundi atas pagar kerana Permatang Pauh adalah bumi yang subur dengan kuliah pengajian maka penduduknya juga dari kalangan mereka yang kuat fahaman agama,” katanya.

Menurutnya, itu adalah hasil yang diperoleh berdasarkan luahan ahli dan pengundi atas pagar yang ditemui dalam beberapa siri turun padang oleh Pas kawasan dan cawangan.

“Malah ia juga disuarakan semasa perbahasan usul dalam mesyuarat agung itu,” katanya.

Ahad lalu, Pas Permatang Pauh meluluskan usul menggesa kepimpinan PKR membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan mereka yang tidak menyokong pelaksanaan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.

Omar berkata, PKR diberi tempoh sehingga sebelum hari penamaan calon untuk membuat permohonan maaf dan menarik semula kenyataan tidak menyokong hudud.

Menurutnya, jika PKR bersetuju dan meminta maaf secara terbuka pihaknya akan meneruskan kerjasama dengan parti itu dalam PRK Permatang Pauh kelak.

Beliau berkata, pendirian ini dibuat dan disepakati oleh akar umbi pada mesyuarat agung kerana ahli Pas di Permatang Pauh mampu memberi kemenangan kepada calon yang akan bertanding pada PRK nanti.

Dalam satu majlis lain pada hari sama, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dilapor melahirkan rasa kehairanan dengan tuntutan Omar kerana sebelum ini pernah bertemunya ketika pelancaran jentera PKR Jumaat minggu lalu.

Beliau berkata, dalam pertemuan yang turut disertai beberapa pimpinan Pas Pusat, Omar menyatakan sokongan terhadap PKR bagi menghadapi PRK Permatang Pauh.

“Sebelum ini dia (Omar) sendiri menyatakan sokongan mahu membantu PR dalam PRK Permatang Pauh,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Wan Azizah berkata, PKR akan berjumpa kepimpinan Pas Permatang Pauh bagi mendapat penjelasan mengenai tuntutan mereka supaya memohon maaf secara terbuka dan menarik balik kenyataan yang tidak menyokong pelaksanaan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud – Sinar Harian


TONTON VIDEO DI ATAS INI , ULASAN PRESIDEN PAS MENGENAI ISU HARAM SOKONG CALON TOLAK HUDUD. JADI KEPADA AHLI-AHLI PAS JANGAN LA DEGIL, INI PRESIDEN PARTI CAKAP TAW BUKAN GUAN ENG CAKAP HEHEHE ...

Eksklusif - Presiden Cadang PAS Dan UMNO Bergabung !!!

Minggu lepas ketika mencari video lama di YouTube tiba-tiba terjumpa satu video berdurasi 18minit 24 saat yang merupakan laporan “Berita Terkini” yang dimuat naik dari akaun IMR Television. Video tersebut boleh ditonton di bawah ini.


Video tersebut merakamkan sesi soal jawab bekas pemimpin PAS, Datuk Hassan Ali dalam satu program tertutup yang dihadiri oleh penggiat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dari seluruh negara yang berlangsung di Kem Permata Resort, Melaka pada 2013 lalu.

Dalam menjawab soalan peserta dengan jelas Hassan berkata, sememangnya wujud usul untuk menggabungkan PAS dan Umno yang dinamakn usul UG yang dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Usul menggabungkan Pas dan Umno ini disokong pelbagai pihak dalam PAS antaranya ialah bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa termasuk beliau sendiri Hassan dengan tegas menyatakan Allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat pula merupakan firaun kecil atau sebahagian dari parasit yang menghalang hasrat menggabungkan Umno dan PAS itu.

Dengan nada menghina Hassan menyebut Nik Aziz ketika Maulidur Rasul bukan berarak di Kota Baru tetapi sebaliknya pergi ke rumah Mendiang Karpal Singh, untuk menyambut ulang tahun Karpal malah Hassan menyatakan selagi Nik Aziz hidup jangan mimpi UG terlaksana.

Hassan dalam video tersebut beberapa kali menegaskan Hadi sangat pro penggabungan PAS/Umno tetapi dihalang oleh puak Anwarinas dan pro Nik Aziz dalam PAS.

Hassan tanpa berselindung berkata, menjelang Muktamar PAS Jun akan perbagai pihak perlu terlibat membantu Hadi dan usul UG nya dengan memastikan kumpulan Anwarinas dan pro Nik Aziz kalah dengan digantikan dengan kumpulan ulama yang lebih terbuka dan sanggup bergabung PAS dan Umno demi Melayu dan Islam.

Meneliti perkara ini, tentu ramai ternanti maklum balas terhadap Hadi. Adakah benar dia sedia bergabung dengan Umno ?  Adakah benar kempen pemilihan dalam PAS yang sedang berlangsung kini ialah proses menyingkir kumpulan yang menentang usul UG dan digantikan dengan kumpulan yang konon bergelar ulama tetapi yang penting ialah ke arah agenda penggabungan Umno-PAS itu sendiri.

Jika ia fitnah maka  video ini fitnah yang menggugat integriti tokoh sebesar Hadi, ia harus bertindak dengan menuntut Hassan menarik fitnah tersebut atau disaman. Mohon maklum balas daripada Hadi.  (CB)

Thursday, 23 April 2015

PRK PERMATANG PAUH - Semua Ahli Dan Penyokong PAS Kena Tahu, Kenyataan Penting Presdien PAS Yang Tidak Dilaporkan Oleh Mana-Mana Portal Pembangkang...

Isu besar PAS kawasan Permatang Pauh yang berpendirian bahawa berdosa dan haram mengundi calon yang menolak Hudud telah menyaksikan drama murahan pemimpin-pemimpin PAS dan PKR yang cuba menunjukkan bahawa isu ini sangat kecil dan terkawal. 

Padahal, ketetapan PAS kawasan Permatang Pauh itu sebenarnya amat besar dan menjadi perkara utama bagi ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS Permatang Pauh sebelum mengundi pada 7hb Mei ini.

Bukan sahaja pemimpin-pemimpin Pembangkang, portal pro-pembangkang juga dilihat cuba membuat laporan yang mengelirukan. Sebagai contoh, laporan SorosKiniMalaysiaKini tentang pendirian Abdul Hadi Awang, Presiden PAS mengenai pendirian PAS kawasan Permatang Pauh. Selepas satu forum, Abdul Hadi telah ditanya oleh para pemberita.

Di antara laporan SorosKini MalaysiaKini yang bertajuk Hadi enggan jawab undi siapa di Permatang Pauh:   


Sementara itu, ditanya pemberita berhubung "fatwa" ulama akar umbi Permatang Pauh bahawa “haram undi calon tolak hudud”, Hadi hanya berkata PAS masih lagi berada dalam pakatan. 
Katanya, selepas tamat program itu, beliau menghormati pandangan PAS Permatang Pauh dan akan mendengar penjelasan lanjut daripada pihak itu. 
"Kita masih (bersama) dalam Pakatan Rakyat. Adapun tentang (PAS) Permatang Pauh, saya tak boleh tengok berita melalui media sahaja. 
“Saya akan dengar (daripada PAS) Permatang Pauh sendiri," katanya.

Ditanya apakah saranannya terhadap PAS kawasan itu, beliau hanya mengulangi kenyataannya dan berkata: 
"Saya menghormati penyokong PAS di Permatang Pauh." Seterusnya
Tetapi laporan SorosKini MalaysiaKini ternyata jauh berbeza dengan laporan media lain, walau pun sumbernya di tempat yang sama dan selepas satu forum anjuran Sinar Harian.


Yang tidak dilaporkan oleh SorosKini MalaysiaKini ialah kenyataan Abdul Hadi Awang seperti di bawah:   


"Memanglah hudud, bagi orang Islam wajib," demikian respons ringkas Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awangketika ditanya berkenaan kenyataan Ketua Urusan Ulama, Pas Kawasan Permatang Pauh, Badrul Abdul Rahman yang berkata haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud. 
Memperincikan dengan lebih lanjut, Hadi berkata beliau bersetuju dengan kenyataan tersebut. 
‎"Betullah tidak boleh, iya," katanya kepada Sinar Online selepas selesai program Bicara Minda bersamanya di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf, di sini, Seterusnya
Kenapa portal pro-pembangkang MalaysiaKini tidak melaporkan kenyataan yang sangat penting ini sedangkan kenyataan Abdul Hadi itu diambil selepas forum sama seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian?

Apakah portal itu sengaja tidak melaporkan kenyataan Presiden PAS itu untuk mengelirukan pembaca-pembacanya?

Yang pastinya, kenyataan Abdul Hadi Awang yang bersetuju dengan pendirian PAS kawasan Permatang Pauh ini akan menempelak kenyataan beberapa pemimpin PAS pusat yang cuba over rule atau menidakkan pendirian PAS kawasan Permatang Pauh.

Nampaknya, pergeseran di antara PAS, PKR dan DAP semakin meruncing di PRK Permatang Pauh!

Tuesday, 21 April 2015

Terkini! Zikir Sambil 'Goyang Badan' Tidak Dilarang...

PUTRAJAYA - Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (JFK), Prof Emeritus Tan Sri Abd Shukor Husin berkata secara asasnya tiada larangan terhadap perbuatan melakukan zikir sambil 'menggoyangkan badan'.

Menurutnya, untuk mengatakan perbuatan ini haram atas dasar Rasulullah tidak pernah melakukannya, ia adalah tidak tepat kerana pada asasnya perkara harus kekal harus melainkan ia bertentangan dengan prinsip dan semangat al-Quran dan Sunnah.

"Sesuatu yang tidak dibuat oleh Nabi tidak semestinya haram berdasarkan  kaedah tarku al-shay' la yaqtadi tahrimuhu iaitu sekiranya (Rasulullah) meninggalkan sesuatu tidak semestinya bererti membawa hukum pengharamannya'. Juga berdasarkan kaedah fiqh al-umur bi maqasidiha (setiap perkara adalah berdasarkan matlamatnya).

"Walaubagaimanapun perbuatan zikir yang dilakukan haruslah tidak keterlaluan sehingga menghilangkan matlamat zikir itu sendiri iaitu untuk mengingati ALLAH. Ia juga hendaklah tidak melibatkan perkara-perkara yang haram dan maksiat seperti percampuran bebas lelaki dan wanita, pembukaan aurat, iringan nyanyian dan muzik yang keterlaluan sehingga merosakkan amalan zikir tersebut dan lari dari batas syariah Islam," katanya ketika sidang media khas Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan di Ibu Pejabat Jakim Putrajaya, hari ini.

Mengulas lanjut, Abd Shukor berkata, perkara penting yang harus diambil perhatian dalam isu ini ialah perkara yang dilakukan tidak seharusnya melampaui batas.

"Apa sahaja dalam agama yang bersifat melampaui batas adalah ditolak. Oleh yang demikian kita melihat ramai ulama yang membezakan pergerakan dalam zikir antara yang bersifat fitrah dengan sesuatu yang dibuat-buat atau secara berlebihan.

"Sesuatu yang dibuat-buat atau berlebih-lebihan adalah tertolak kerana ia bertentangan dengan semangat zikir iaitu untuk mengingati ALLAH," katanya.

Dalam isu berkaitan, Abd Shukor berkata, JFK tidak pernah menarik balik pengharaman ke atas tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyah pimpinan Syeikh Nazim yang diputuskan pada 3 April 2000.   
    
Ujarnya, jawatankuasa tersebut mendapati tariqat itu bertentangan dengan fahaman akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah dan menyeleweng dari ajaran Islam.
    
Abd Shukor juga berkata, jawatankuasa itu tidak menemui fakta sahih untuk mengaitkan kumpulan Habib, yang terkenal dengan program qasidah dan zikir dengan tariqat itu walaupun tokoh qasidah terkenal dari Indonesia, Habib Syech Abdul Qadir Assegaf yang terkenal dengan lagu Ya Hanana, dikatakan pernah bergambar bersama Syeikh Nazim, kata Abd Shukor.

"Sejak akhir-akhir ini telah dikalutkan dengan isu tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyah Syeikh Nazim Al-Haqqani dalam pelbagai media sosial dan cuba dikaitkan dengan kumpulan Habib," kata beliau.- SUMBER

Thursday, 16 April 2015

Tak Abis-Abis!! Najib Kantoi Lagi Dengan Pendedahan Yang Terbaru...


Sejauhmana penguatkuasaan undang-undang terhadap penyebaran gambar yang disunting dan berunsur fitnah dikuatkuasakan? Apakah perlakuan menyebarkan gambar berunsur fitnah adalah satu kesalahan yang boleh didakwa? Jika perlakuan itu kesalahan mengapa tidak nampak-undang-undang itu dikuatkuasakan? Takkan nak tunggu Ayahndaaa Rani Kulup buat laporan dulu baru nak ambil tindakkan.

Di Alam maya ini pengamalnya terdiri dari kepelbagaian, penghadaman dan penerimaan terhadap sesuatu maklumat yang dilayari juga pada tahap penerimaan yang berbeza, ada yang menerima dan percaya bulat-bulat, ada yang teliti dan bertapis sebelum mempercayainya dan sebagainya.

Seperti lampiran diatas yang disiarkan dilaman http://info-omm.blogspot.com/2015/04/korang-pasti-terkejut-melihat-gambar.html yang dikongsi lebih 25k  pengguna Facebook dalam masa kurang dari dua hari, dan jumlah share itu dijangkakan mungkin akan terus meningkat dua kali ganda, jika jumlah sebaran menjadi penanda aras kepada penerimaan masyarakat.....???

25k jumlah share adalah angka sebaran yang agak besar berbanding siaran blog sama pada 12 April lalu (Rujuk lampiran dibawah) dimana percubaan pertamanya untuk mengaitkan individu tertentu dengan tajuk lebih kurang sama cuma tanpa meletakkan gambar edit lelaki mirip Perdana Menteri Malaysia bersama Altantuya, hanya mendapat 34 share sahaja.

Melihat kepada jumlah angka share yang terlalu ketara yaitu 25 ribu dan 34 itu, pada pandangan anda apa yang mendorong perbezaan jumlah tersebut? Banyak share sebab Altantuya ke atau sebab gambar lelaki yang di-edit mirip Perdana Menteri bersama Altantuya ?

Bagi mereka yang sudah lali dengan dunia alam maya, gambar lelaki mirip PM bersama Altantuya tu memanglah tidak menjadi butir gatal pun kerana kita tahu dan sahih bahawa gambar tersebut adalah edit. Tapi macammana dengan 25k share itu? Berkemungkinan besar sebahagian darinya percaya gambar itu adalah tulen.

Justeru, penyebaran gambar edit (bukan kartun) yang cuba memberi persepsi mengaitkan dengan perlakuan jenayah keatas sesiapa sahaja baik dikalangan pemimpin pembangkang atau kerajaan harus dibendung dan diambil tindakkan tegas,

Jika pihak berkuasa lembap menguatkuasakan undang-undang, sehingga persepsi dan fitnah seperti ini gagal ditangani, dikhuatiri lama-kelamaan ianya akan dipercayai  sebagai realiti. Anda Mampu Mengubahnya.

Penjelasan Dr Asri dari kacamata Islam mengenai hukum Najib bersumpah dengan nama Allah...


Friday, 10 April 2015

Amik Kau !!! Malam Tadi Najib Dah Jawap Dengan Tenang, Bukan Macam Anwar Ibrahim, Lain Yang Ditanya Lain Yang Dijawab...


Bersiaran malam tadi pada jam 10.00 malam menerusi TV3 di Segmen SOAL JAWAB rakyat seantero Malaya dah pun menyaksikan dan mendengar sendiri semua soalan-soalan panas  dan telah dijawab dengan baik dan tenang oleh YAB Datuk Sri Najib Tun Razak....

Tahniah dan Syabas buat PM!

Tanyalah mengenai 1MDB, Altantuya, GST dan lain lain lagi. Semuanya dijawab dengan baik oleh Najib tanpa berselindung apa-apa. Bukan macam Anwar Ibrahim, lain yang ditanya lain yang dia jawab.

Malah apabila Anwar terperangkap dengan soalan soalan panas dengan selamba dia akan tuduh soalan itu datang dari pemimpin UMNO-BN, kalau anda tak percaya cubalah tanya kepada wartawan yang sering dijadikan mangsa oleh Bapa Peliwat Negara ini....

WAWANCARA PENUH PM DALAM SOAL JAWAB DI TV3 SEMALAM


Thursday, 9 April 2015

AMIK KAU !!! Video Klip Ini Jawapan Kepada Soalan Tun M "Siapa Arah Bunuh Altantuya..???

Betullah kata-kata hikmah dari mantan Perdana Menteri kita yang keempat, Tun Dr. Mahathir, "Melayu Mudah Lupa".  Atau pun ada dikalangan kita yang buat-buat lupa...???

Mutakhir ini gegak gempita dengan isu yang hangat diperkatakan apabila Tun Dr. Mahathir mengajukan beberapa soalan kepada YAB Datuk Sri Perdana Menteri. Ada yang kata soalan soalan Tun Dr M bersifat soalan panas dan tak kurang juga ada yang menklasifikasikan ianya sebagai soalan soalan CEPUMAS!!!

Merujuk kepada soalan "Siapa Arah Bunuh Altantuya...???". Maka jawapannya ada dibawah ini, saksikanlah video klip berdurasi 00;01:43 minit ini. Selamat menonton!


HUDUD : Mahkamah Persekutuan Menyerahkan Sepenuhnya Kepada Kebijaksanaan Ahli Parlimen !!!

Mahkamah Persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan ahli parlimen untuk memutuskan sama ada Kelantan layak ataupun tidak untuk melaksanakan undang-undang persendirian berkaitan hudud.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata, Mahkamah Persekutuan tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan perkara berkenaan, namun akan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada pihaknya dengan sebaik mungkin jika ia diluluskan. 

"Kita ini mahkamah, orang buat undang-undang kita laksanakan. Kalau (undang-undang itu) ikut Perlembagaan, sesuai dengan Perlembagaan, kita akan ikut. Kitamahkamah. Yang lain tu polisi. Keputusan akan dibuat oleh badan perundangan. 

"Badan perundangan, eksekutif, badan kehakiman kita asingkan betul-betul," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pelancaran Sistem e-Kehakiman di Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini, hari ini. 

Hadir sama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Azman Abdullah. 

Arifin berkata, tiada pertindihan undang-undang akan berlaku melibatkan kuasa Mahkamah Syariah yang tertakluk kepada negeri dengan Mahkamah Persekutuan di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong jika undang-undang berkenaan dilaksanakan. 

"Katalah hudud tu tak dipanggil hudud, pergi ke Parlimen (Dewan Rakyat dan diluluskan) jadi undang-undang. Tak ada label hudud pun dia boleh jadi undang- undang (juga). Macam (kes) dadah, apa undang-undang dia? Apa premis diatak ada

"Yang jadi isu sebab dipanggil hudud sahaja. Kalau nak kira, kalau nak buat (undang-undang berkaitan hudud tapi) tak ada (perkataan) hudud pun tak apa,"
katanya

Pada 18 Mac lepas, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Ahli Parlimen Marang mengemukakan notis kepada Dewan Rakyat bagi membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan hudud. 

Rang undang-undang itu adalah bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 bagi membuka laluan pelaksanaan hudud di Kelantan. 

Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan sebelum ini meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), atau hudud pada 19 Mac.

Wednesday, 8 April 2015

Ketua Puteri Malaysia MENGAMUK !!! Betul ke???


Bincang isu Tun M, Najib dalam semangat keluarga UMNO
Pergerakan Puteri UMNO melihat keterbukaan hak demokrasi untuk bersuara dan menyatakan pendapat peribadi bagi setiap ahlinya di dalam parti harus disusuli dengan rasa tanggungjawab dan kesaksamaan. Ia jelas di dalam pendapat terbuka bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam blognya yang memberi kenyataan terbuka selain dari hati mengenai pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pergerakan Puteri UMNO juga menerima pandangan berkenaan demi kelangsungan UMNO sebagai sebuah parti keramat dan utuh di hati rakyat Melayu selama-lamanya. Bagaimanapun, Pergerakan Puteri UMNO melihat setiap kritikan berkenaan pimpinan serta pentadbiran seseorang individu di dalam parti lebih manis jika dibincangkan secara dalaman dan hasil positifnya dinyatakan secara terbuka pada khalayak.

Pergerakan Puteri UMNO juga berpendapat, ahli parti mempunyai pilihan tersendiri dalam menyatakan pendapat mengenai isu yang dinyatakan Dr Mahathir. Pergerakan Puteri UMNO juga melihat setiap ahli mempunyai kebebasan untuk bersuara, diam, berpihak, berkecuali serta menjadi 'air' atau 'minyak' dalam isu berkenaan.

Misi dan matlamat akhir bagi setiap pandangan juga perlu memenuhi fokus utama iaitu terus kukuh dan kekal berkuasa selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dan selama-lamanya. Sementara itu, Pergerakan Puteri UMNO meminta setiap usaha ke atah kesepakatan parti harus berpaksikan sokongan yang tidak membawa rebah dan bersifat intelektual dengan mempertimbangkan kepada keutuhan UMNO pada akhirnya.

Pergerakan Puteri UMNO juga mahu setiap ahlinya menguatkan semula ikatan kekeluargaan UMNO dan memberi sepenuh sokongan kepada pimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai nakhoda. Pergerakan Puteri UMNO juga melihat bahawa tidak timbul isu untuk mana-mana ahli dalam parti memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atau sebaliknya.

Bagaimanapun, sebagai sayap bongsu parti, Pergerakan Puteri UMNO melihat kepentingan utama untuk bersama seiringan langkah Datuk Seri Najib dan menyatakan kesetiaan untuk bersama Perdana Menteri dalam menunaikan tanggungjawab kepada parti dan negara. Pergerakan Puteri UMNO juga melihat isu pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang ditimbulkan Dr Mahathir sudah lama selesai. Jadi tidak perlu untuk menimbulkan isu itu semula.

Namun, kerajaan perlu memberi lebih penekanan dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan memberi lebih penjelasan mendalam supaya pelbagai pertanyaan rakyat terutama sekali kepada golongan muda agar ianya dapat dijawab dengan jelas selain menberi gambaran lebih jelas agar tidak dijadikan senjata pembangkang untuk menghentam kerajaan.

Puteri UMNO memuji tindakan YAB Perdana Menteri yang dirasakan sebagai satu tindakan yang baik yang mana telah meminta agar pihak Ketua Audit Negara (AG ) dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC ) menyiasat perkara ini. Maka saya mohon agar Rakyat dan semua pihak perlu sabar menanti laporan Ketua Audit Negara (AG) yang sedang menyiasat isu ini secara mendalam . Saya juga merupakan salah seorang anggota PAC dan memahami prosedur siasatan memakan sedikit masa untuk diselesaikan.

Rakyat juga harus sedar, pelbagai pendapat yang dikeluarkan veteran UMNO termasuk Dr Mahathir merupakan ramuan untuk memastikan hubungan kekeluargaan di dalam parti menjadi semakin rapat dan erat. Perbalahan yang mungkin dilihat khalayak adalah rentetan tangga-tangga ke arah puncak semangat satu padu sebagai sebuah parti paling utuh di negara ini.

Pepatah 'Air dicincang tidak akan putus' merupakan frasa terbaik untuk setiap ahli UMNO dalam menghadapi pelbagai perbezaan pendapat akhir-akhir ini. Biarlah apa sahaja pandangan atau pendapat yang diberi oleh mana-mana pemimpin parti, paling penting, apa juga ketidaksefahaman yang mungkin berlaku di dalam parti, percanggahan pendapat atau pandangan peribadi merupakan proses merapatkan ukhwah, memperbetulkan kesilapan demi perjuangan parti untuk membela nasib orang Melayu dan negara tercinta.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO

Tuesday, 7 April 2015

Kesian Pembangkang! Akhirnya RUU POTA (Akta Pencegahan Keganasan) diluluskan!

Akhirnya RUU POTA (Akta Pencegahan Keganasan) diluluskan. Perbahasan sampai ke dinihari dan kemenangan akhirnya diperolehi oleh blok Kerajaan.


Menariknya, PKR dan DAP sepakat menuduh PAS sengaja mensabotaj 'kemenangan' Pakatan dalam isu undian tersebut apabila 8 orang Ahli Parlimen PAS tidak hadir untuk memberikan undi kepada Pakatan DAP-PKR.



Pakatan sebelum ini berusaha bermati-matian dan dengan apa sahaja cara agar pembentangan usul POTA tidak dapat dibuat di Parlimen. 

Mereka mendakwa POTA 2015 akan dijadikan alat politik oleh kerajaan, sekaligus menunjukkan mereka takut dengan bayang-bayang sendiri kerana kebanyakan masalah, berpunca daripada keghairahan kempen dan perang saraf mereka.

Matlamat POTA adalah untuk membanteras keganasan. Tiada sepatah pun perkataan di dalam rang undang-undang tersebut mengizinkan digunakan terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang berbeza ideologi politik.

Apabila dikuatkuasakan nanti, POTA akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selain melengkapi undang-undang negara sedia ada seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Kanun Keseksaan yang mana kedua-duanya hanya boleh digunakan oleh kerajaan selepas jenayah dilakukan.

POTA boleh digunakan sebelum satu tindakan keganasan dilakukan. 

Asas penggubalan POTA adalah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, justeru, dakwaan bahawa rang undang-undang tersebut diciplak atau dikitar semula daripada ISA 1960 disifatkan tidak berasas sama sekali.

Penguatkuasaan POTA akan memberi kuasa yang lebih kukuh kepada pihak berkuasa untuk menghalang pengaruh kumpulan militan Negara Islam (IS) di negara ini.

Berikut senarai MP PAS yang tak hadir

Marang
Pokok Sena
Kota Raja
Tumpat
Temerloh
Pasir Mas
Rantau Panjang
Kuala Nerus
Kota Bharu
Pengkalan Chepa

Memahami Hakikat Tersembunyi Hati DAP


MEMBACA kenyataan dan reaksi beberapa pemimpin parti PAS terhadap tuduhan ‘pengkhianat’ ke atas Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kita tidak dapat mengelak daripada berkata: “Sungguh memalukan!”
Seolah-olah keceluparan mulut Lim Guan Eng itu tidak perlu diberi perhatian serius, kerana nada dan gaya reaksi balas daripada beberapa pemimpin PAS tersebut lebih bersifat ‘akomodatif’, ‘berlapang dada’ dan ‘memaafkan’. Tidak ada rasa marah atau terpukul terhadap kebiadaban Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Suatu yang jelas kelihatan adalah tidak ada seorang pun pemimpin MCA, MIC atau Gerakan yang mengecam atau mengkritik Guan Eng. Ini tidak menghairankan kerana terdapat ‘kesepakatan tidak bertulis’ di kalangan mereka iaitu, untuk bersatu hati dalam menolak dan menentang sebarang usaha ke arah perpaduan di kalangan umat Islam mahupun perlaksanaan syariah Islam.
Tuduhan ‘pengkhianat’ terhadap Ustaz Abdul Hadi bukanlah pendapat peribadi Guan Eng. Ia merupakan sikap dan pendirian parti. Ini bermakna setiap peringkat pimpinan dan ahli berdiri teguh di belakang pimpinan tertinggi parti.
Karakter DAP dalam hal ini tidak pernah berubah. Dan para pemimpinnya tidak pernah beralas kata atau berlapik kalimat ketika menyuarakan sikap dan pendirian mereka dalam banyak hal yang menyentuh kepentingan umat Islam dan Islam di Malaysia. isma-slv-front-28
Sebelum kita lupa, mulut yang melahirkan impian untuk ‘mencontohi’ Khalifah Umar Abdul Aziz ketika mula menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang ini jugalah yang dengan lantang menuntut supaya penganut Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah di dalam Bible Melayu.
Mulut berbisa ini jugalah yang dengan sombong dan angkuh menuduh Ustaz Abdul Hadi sebagai seorang pengkhianat!
Di pihak parti PAS, kenyataan-kenyataan yang keluar daripada mulut para pemimpinnya memberi isyarat yang berbeza-beza kerana tidak kelihatan satu sikap atau pendirian yang jelas atau padu dalam menghadapi ancaman dan angkara dari Pulau Mutiara itu.
Belum fahamkah mereka hakikat yang tersembunyi di dalam hati orang kafir lebih jahat dan dahsyat daripada apa yang mereka zahirkan?
Di celah-celah kemelut dan kegawatan ini, UMNO boleh memainkan peranan untuk menolak sebarang kepentingan dan ego turun temurun dengan menyebelahi parti PAS dalam isu ini. Inilah masanya untuk mempamerkan keikhlasan dan kejujuran serta semangat setiakawan terhadap saudara seakidah.
Ini juga satu peluang keemasan untuk UMNO merebut kembali keyakinan masyarakat Islam dengan syarat mereka juga perlu melalui proses transformasi akhlak dan pemilihan pemimpin yang ‘berwibawa’.
Bagaimanapun, realiti yang telah berakar umbi di dalam parti Melayu ini kelihatan sukar untuk dipulihkan, ditambah pula dengan Presiden parti yang juga Perdana Menteri Malaysia tidak mempamerkan ketegasan dan ‘political will’ yang boleh dibanggakan oleh umat Islam dan digeruni oleh DAP, MCA, MIC dan Gerakan khususnya.
Kelemahan Perdana Menteri telah dieksploitasi dan dimanfaatkan dengan begitu bersungguh sekali oleh DAP, MCA, MIC dan Gerakan termasuk juga oleh sebahagian pemimpin UMNO yang sama ada mempunyai agenda tersendiri ataupun sudah beralih alih angin dengan menjadi gunting dalam lipatan dan juga proksi parti-parti pembangkang.
Apapun untuk PAS: Tahaluf Siyasi sudah mati walaupun anda semua tunggang langgang untuk menafikan atau mempertahankannya.
Untuk UMNO pula: MCA, MIC dan Gerakan telah menunjukkan wajah sebenar mereka di sebalik topeng kepura-puraan yang dipakai selama ini.
Untuk DAP: Kamu sedang menghadapi zaman keruntuhan dan kejatuhan!
Mohd Luttfi Abdul Khalid
Peguam dan aktivis ISMA
Sumber : ISMA