BN Masjid Tanah

BN Masjid Tanah

Tuesday, 12 May 2015

PERCAYA ATAU TIDAK? UMNO BOLEH MENANG BESAR PRU-14 JIKA JADI KERAJAAN KUKU BESI KEPADA KAPITALIS BARANG PENGGUNA! RAKYAT AKAN TERSENYUM!


Aku mohon UMNO/ BN mulai saat ini fokus kepada ISU LEBIH PENTING. Isu kos sara hidup dan kepenggunaan. Isu ini agak merebak protesnya dikalangan orang biasa dan masyarakat.

Isu agama perlu diperkuatkan lagi dan pada saat ini Melayu dah tahu parti mana yang bawa manafaat pada perjuangan Islam. Tengok isu kalimah ALLAH sudah lah.

Tiba masanya kita mahukan kerajaan, UMNO/ BN khususnya lebih KUKU BESI sikit dalam hal kos dan kepenggunaan. Dah tiba masanya rungutan rakyat kebanyakan mengenai isu kepenggunaan barangan harian dijadikan BAHAN UTAMA UMNO UNTUK 3 TAHUN MENDATANG INI.

Mungkin pengimportan barangan kepenggunaan harian diperlambakkan lagi di pasaran hingga akhirnya ia menguntungkan pengguna. Pengundi muda, luar bandar dan bandar amat analisis dan kritikal dalam isu kos dan kepenggunaan ini.

Kapitalis bawak cukai, tapi pengguna bawak undi. Dalam politik perkiraan undi amatlah penting, agak menakutkan juga bila melihat sungutan public yang mostly tak endah pada partisan. 

Beza pendapat itu biasa, Umar pun beza pandangan dengan Khalid Al-Walid. Tapi mereka fokus menangkan Islam, lepas tu okay. Beza pandangan ini pada hakikatnya tak disukai oleh pembangkang, pasal end of the story mereka tahu UMNO akan jadi semakin kuat.

Isu tabung haji (walaupun dah selesai) perlu disampai kuatkan lagi fakta kebenarannya kepada semua, termasuk orang tua di kampung. Walaupun dah selesai, mungkin kepelbagaian fakta dan jasa tabung haji di sebarluaskan, ini dipanggil VAS Value added service.

Ps.. isu pembelian tabung haji ke atas trx ni aku deskrip dengan term macamnilah.. pembelian yang amat baik, tapi masa tak kena. 

Kira bersetubuh waktu siang pada bulan puasa.. haram. malam ok. hehe

Saat ini, taik tepi jalan pun boleh jadi bahan politik. 

Alhamdulillah PAC akan mulai kerjanya mengenai 1mdb pada 19mei ni.  PAC bukan dalamnya orang umno macam jazlan, malah tony pua, azmin, tan seng giaw dll pun ada.

PAC adalah di bawah bidang kuasa parlimen, jadi keputusannya kelak akan diumum kepada seluruh ahli parlimen. jelas di sini bakal keputusannya kelak tiada istilah konflik interes. 

PAC akan panggil EPU, KSU MOF tan sri erwan serigar, arul kanda, datuk sharul CEO pertama 1mdb dll.

So keputusan PAC bakal mungkin mendahului audit. di sini keputusannya amat telus. 

tiap isu insyaallah kita depani secara kemas, adab dan teratur. itu namanya perdebatan profesional.

Beza pandangan pimpinan kita doakanlah kebaikan .bukankah doakan  kebaikan antara kita lebih baik daripada menjadi tukang cucuk yang tak bawak manafaat ?

aku tengok ada manusia terlalu emosi bila berbicara. 

Tenanglah sahabat. bawak mengucap. tiap kita ada kelebihan dan ada kekurangan.

INGATLAH SIKIT SIRAH NABI SAW DAN SAHABAT.

Kalau ALLAH nak muliakan seseorang, hatta sejuta orang nak bunuh dia sekalipun kalau ALLAH tak izin, maka tak jadi lah.

Begitu juga kalau penguasa, jika ALLAH nak hinakan dia maka hinalah dia. dah disebut perkara ni dalam al quran.

Tak perlu ambil kerja ALLAH SWT ni.


Artikel : GerakanAntiPKR


Monday, 11 May 2015

Pertama Kali Najib Lantang Jawab Kritikan Tun Mahathir... Saya Tidak Akan Tunduk Tekanan Letak Jawatan...


Nampaknya apa yang diduga akan berlaku sudah berlaku.Ahad,sehari sebelum hari ulangtahun UMNO ke 69,Datuk Seri Najib Tun Razak pertama kali dengan lantang menjawab kritikan Tun Dr Mahathir terhadapnya.

Bagi kebanyakan pemerhati politik ini sudah kira masuk fasa 'perang terbuka' Perdana Menteri terhadap bekas Perdana Menteri setelah dilihat mengambil sikap berhemah terhadapnya kebelakangan ini sekalipun dikritik bertalu-talu.

Sekitar 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri di Padang Perbandaran Tawau,menjadi saksi detik penting yang mengejutkan ini.

Turut hadir pada program itu ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, dua Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh.

Sambil merujuk kepada isu IMDB yang menjadi kritikan utama Dr Mahathir terhadapnya,Najib menegaskan kerajaan ada cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB jika diberi tempoh.

Beliau juga berkata kenyataan Dr Mahathir berhubung 1MDB kebelakangan ini berbelit-belit, sekejap kata 1MDB hilang RM42 bilion selepas itu kata pula tak hilang tetapi 1MDB berhutang RM42 bilion.
Najib menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Beliau berkata selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai perdana menteri dan anggota UMNO terus teguh menyokongnya sebagai presiden parti maka beliau tidak akan berganjak daripada jawatan yang disandangnya sekarang.

"Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya," katanya.

Penegasan Najib itu yang dinyatakan dengan suara lantang mendapat tepukan dan sorakan daripada hadirin yang membanjiri Padang Perbandaran Tawau sehingga melimpah ke kawasan jalan raya, disertai paluan gendang.

Beliau menegaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO diperolehinya secara proses demokrasi dan ditentukan oleh rakyat dan anggota UMNO dari seluruh negara iaitu dari Padang Besar di Perlis hingga ke Pulau Sebatik, di Tawau, Sabah.

Najib yang ingin mendengar sendiri suara sokongan hadirin dengan melaungkan "rakyat Sabah sokong" sebanyak tiga kali telah disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, "Najib, Najib, Najib".

Menegaskan pendirian kukuhnya, Perdana Menteri sempat membacakan falsafah Bugis yang berbunyi 'Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan'.

Justeru, kata Najib takkan satu suara lebih besar daripada suara yang didengarnya daripada hadirin dan juga rakyat di Kota Belud ketika menghadiri program perasmian Projek Perumahan Rakyat di daerah berkenaan pagi tadi serta suara rakyat yang telah memberi mandat kepadanya untuk memerintah negara.

Katanya setiap pemimpin termasuk beliau pernah menempuh ujian dan tidak terkecuali Dr Mahathir yang menghadapi lebih banyak ujian ketika menerajui pucuk pimpinan negara selama 22 tahun.

"Mana tak ada ujian. Ujian Team A, Team B (dalam pemilihan UMNO, Dr Mahathir) hampir kalah. Hampir 50 peratus ahli UMNO suruh dia letak jawatan. Tapi apa dia jawab, 'walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi Perdana Menteri'. Oh hebat dia jawab.

"1987, saya antara yang menyokong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi Perdana Menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah. Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri," yang sekali lagi mendapat sorakan hadirin.

"Jadi, janganlah lupa, waktu dia (Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri,sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakkan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad - 1MDB)," katanya. 

Friday, 8 May 2015

Tun M Punca Kekalahan BN di Permatang Pauh !!! Hakkk Tuih !!


Dikatakan, PAS akan memboikot PRK Permatang Pauh. Realitinya, PAS U-Turn pada saat-saat akhir dan Wan Azizah serta PKR tetap menang dengan majoriti selesa, sama seperti BN menang di Rompin dengan majoriti selesa biarpun ramai pengundi tidak keluar mengundi.

Dikatakan, Pakatan Rakyat berantakan di Permatang Pauh. Realitinya, secara luaran mereka berantakan tetapi dalaman tetap bersatu hati dna bersatu padu biarpun mimpi lain-lain.

Dikatakan, Wan Azizah dan keluarganya tidak lagi mendapat tempat di Permatang Pauh. Realitinya, sesiapa pun dari kalangan keluarga Anwar Ibrahim diletakkan di Permatang Pauh, tanpa perlu berkempen pun, mereka akan menang dengan majoriti besar kerana imej Anwar Ibrahim sekeluarga telah dipublisitikan sebagai Islamik, bersih dan jujur semenjak dari awal lagi.

Dikatakan, ada angin perubahan di Permatang Pauh. Realitinya, Saluran 3, 4 dan 5 langsung tidak memihak kepada UMNO-BN walaupun di beberapa peti undi majoriti Cina, Barisan Nasional berjaya menukar kekalahan sebelum ini kepada kemenangan.

Dikatakan, gelombang anak muda semakin meninggalkan PKR dan Wan Azizah. Realitinya, walau sebaik mana pun calon yang ditampilkan oleh BN di Permatang Pauh, anak muda tetap akan menolaknya dan lebih memilih yang bukan UMNO-BN.

Realiti dan hakikatnya, UMNO hanya ada tiga tahun untuk bekerja keras. Dua PRK iaitu Rompin dan Permatang Pauh adalah bukti, terlalu banyak kelemahan yang tidak diambil peduli dan diberatkan.

Walau sesiapa pun yang dipersalahkan dalam post-mortem nanti, yang pasti, kelemahan-kelemahan ini yang akan terus menghantui sekiranya tidak diatasi sebaik-baik mungkin!!!

Tahniah kepada PKR dan Wan Azizah... tahniah juga kepada para pengundi Permatang Pauh yang telah membuat pilihan dari awal lagi....

SUMBER : theflyingkick

P/S : Admin rasa UMNO-BN perlu buat sesuatu dan perlu kerja lebih keras lagi bagi menghadapi PRU-14 yang akan datang. Terang dah anak-anak muda semakin MENOLAK UMNO-BN. Kepada seluruh pemimpin dekatilah anak muda dan selamilah jiwa mereka. Jangan kita berada di atas kita lupa akan orang dibawah ini.

Thursday, 7 May 2015

TERKINI : PRK Permatang Pauh , PKR Semakin Terdesak Dan Bertindak GANAZZZ !!!


Keadaan semakin PANAS di Permatang Pauh apabila penyokong PKR terus-terusan bertindak GANAZZZ dengan menyerang jentera Barisan Nasional. Berlaku pergaduhan apabila penyokong PKR mula menyerang jentera Barisan Nasional di beberapa pusat mengundi sekitar Permatang Pauh.

Keadaan kelam kabut itu bagaimana pun berjaya di kawal semula oleh anggota Polis yang bertugas. PKR dan penyokong mereka dilihat terdesak dan cuba menjadikan tindakan-tindakan liar ini sebagai ugutan untuk menakut-nakutkan pengundi daripada keluar mengundi.


Seperkara yang pasti dan akan berlaku kepada UMNO dan BN adalah yang akan dituduh sebagai punca dan pencetus kepada pergaduhan terbabit sedangkan hakikatnya penyokong PKR yang memulakan segala-galanya.

Wednesday, 6 May 2015

Kenyataan Media Ketua Pergerakan Puteri UMNO Berhubung Isu Kemalangan DUKE

Mas Ermiyati sewaktu melawat anak mangsa Tragedi DUKE

Pengendali laman FMC tidak ada kaitan dengan Puteri UMNO. Pergerakan Puteri UMNO menafikan pengendali laman Familia Myvi Club (FMC) yang dikenali dengan panggilan Yana mempunyai kaitan dengan sayap parti berkenaan.

Bagaimanapun, saya meminta pihak berkuasa berkenaan menyiasat segera siapa sebenarnya dalang di belakang laman berkenaan yang memburuk-burukkan nama Puteri UMNO sekali gus cuba menyembunyikan perbuatan jahat mereka di bawah nama parti.

Saya sudah merujuk nama pengendali laman berkenaan dan mendapati tidak mempunyai rekod di dalam senarai ahli Puteri UMNO Gombak seperti yang didakwa. Malah, wajah yang dipaparkan yang mendakwa pengendali laman itu turut tidak dicam ahli pergerakan Puteri UMNO Gombak sendiri.
Saya memberi amaran kepada mana-mana ahli FMC yang terlibat di dalam insiden Sabtu lepas untuk segera tampil dan memberi kerjasama demi menyelesaikan isu ini segera.

Beberapa dakwaan yang mengatakan mereka dilindungi 'orang dalam' juga seharusnya disiasat selain diambil tindakan sewajarnya.

Saya melihat tindakan sebegini lebih kepada usaha menyelamatkan diri dan tidak cuba memberi kerjasama untuk membantu polis dalam siasatan, tindakan sebegini hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.

Puteri UMNO juga tidak akan berkompromi dalam isu ini selain mahukan pembelaan adil terhadap keluarga mangsa.

Jelas, kemalangan yang berlaku Sabtu lepas merupakan kejadian yang menyayat hati sekali gus menimbulkan pelbagai spekulasi yang menjadikan rakyat negara ini tuding-menuding dan meletakkan kesalahan kepada pelbagai pihak tanpa pengesahan pihak berkuasa.

Apa yang pasti, dua kanak-kanak kecil sudah menjadi yatim piatu kerana kehilangan ibu bapa dan perlu dibela serta diberi kasih sayang sehingga dewasa.

Saya melawat kanak-kanak ini selepas mendapat tahu situasi yang menimpa mereka. Pergerakan Puteri juga melahirkan rasa simpati dengan kejadian yang menimpa dan meminta pembelaan sewajarnya diberikan kepada kedua anak kecil ini.

Nur Firuza Amira, 7 dan adiknya Nur Firuza Aqila,4, menjadi yatim piatu selepas ibu bapa dan adik mereka terlibat dalam kemalangan tersebut.

Saya turut merasa pilu dan sangat sedih apabila melawat mereka dan mendengar sendiri rintihan Nur Firuza yang mahu pihak berkuasa menangkap individu yang melanggar ayah mereka.

Mangsa, Fairuz Nizam Husain,35, yang memandu Pajero Sport disahkan maut di tempat kejadian sementara isterinya, Nova Safitri Azhari,27, dan bayinya, Nur Firuza Annisa yang turut tercampak ke jalan raya dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Berdasarkan maklumat yang menjadi viral di laman sosial, kemalangan dipercayai berpunca daripada enam kereta Perodua Myvi yang sedang berlumba sebelum dua daripadanya bergesel dan merempuh sehingga terbalik Pajero Sport yang dinaiki mangsa.

Bagaimanapun dakwaan itu masih dalam siasatan pihak polis. Saya berharap, isu pengendali laman FMC yang mendakwa merupakan ahli Puteri UMNO sudah diterangkan dan dapat dihentikan segera.

YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin
Ketua Puteri UMNO
Ahli Parlimen Masjid Tanah

4 Mei 2015